Amanah 20sen ❤



Seorang imam masjid di London biasa naik bas untuk ke mana mana... 
Suatu hari dia membayar tambang bas,, lalu segera duduk setelah menerima baki dari pemandu bas tersebut..

Setelah dia mengira,, ternyata wang baki dari pemandu itu terlebih 20 sen... Ada niat di hati sang imam untuk mengembalikan baki duit yang terlebih itu kerana memang bukan haknya...

Namun terlintas pula dalam fikirannya untuk tidak mengembalikannya.. hanya kerana memikirkan itu hanya wang kecil yang tak begitu bernilai.. Umumnya orang juga tidak mengambil peduli dalam hal begini... lagipun itu tidak akan membuat pemandu bas miskin...

Kemudian bas berhenti di sebuah perhentian bas untuk menurunkan sang imam... Tiba-tiba sang imam berhenti sejenak sebelum keluar dari bas,, sambil menyerahkan wang 20 sen kepada pemandu dan berkata:
"Ini wang anda,, baki wang saya yang anda pulangkan tadi terlebih 20 sen.. Ini bukan hak saya.." 

Si pemandu mengambilnya dengan tersenyum dan berkata:
"Bukankah anda imam baru di kota ini?? Saya sudah lama berfikir untuk mendatangi masjid anda demi mengenal lebih jauh tentang Islam,, maka sengaja saya menguji anda dengan memberi wang baki yang lebih dari sepatutnya... Saya ingin tahu sikap anda.." 

Saat sang imam turun dari bas,, kedua lututnya terasa menggeletar dan hampir jatuh ke tanah,, hingga dia memegang tiang yang berdekat dengannya dan bersandar... Pandangannya menatap ke langit dan berkata:
"Ya Allah,, hampir saja saya menjual Islam hanya dengan 20 sen saja..."

Al-Brithani wa amaanatul Imam, Ahmad Khalid al-Utaiby




Moral of the story :

Setiap perkara yang terjadi dalam hidup kita ni, kita hanya ada dua pilihan, samada 'baik atau buruk', atau boleh jadi 'syurga atau neraka'. Kadangkala kita mungkin nampak sesuatu benda tu kecik jer nilainya pada kita tapi bukan di'mata' Allah. 

Amanah yang kita pikul, walaupun hanya sekadar meminjam buku kawan, kalau kita salah guna dan tak pulangkan, itu akan dipersoal dihadapan Allah SWT kelak dan boleh jadi penghalang kita untuk ke syurga, nauzubillahi minzalik. 

Lebih-lebih lagi yang ingin ifah tekankan kat sini ialah kita sebagai seorang muslim yang membawa imej agama islam. Segala tindakan kita akan ada yang perhati, lebih-lebih lagi kalau kita ni 'public figure'. Akan ada yang mencari salah kita dan tak mustahil jugak sebaliknya. Dan itu kadangkala boleh merosakkan imej agama yang kita sayang or lebih teruk kita mungkin jadi fitnah bagi agama, nauzubillah.

Jadi ayuh, ifah ajak diri ifah sendiri dan sahabat readers agar kita ajar diri untuk amanah dulu dengan Allah, diri sendiri dan amalkan sifat mahmudah. In sha Allah, andai sifat itu sebati dengan diri kita, ifah yakin kita semua takkan tergamak untuk melakukan perkara tak elok kan. 

In sha Allah, semoga kita sentiasa dalam rahmat dan perlindungan-Nya, aamiin ^^

No comments :