Tips Nak Atasi Sifat Amarah/Tak Puas Hati


Holaa sahabat readers ! In sha Allah, inspirasi dari Ilahi tok kali ni ifah nak kongsian 1 penyelesaian yang ifah amalkan untuk mengatasi sifat amarah/tak puas hati pada seseorang dan Alhamdulillah ianya berhasil tok diri ifah. So hopefully, ianya juga berhasil tok korang sahabat yang ifah sayangi Lillahitaala. SHARING IS CARING ;-) 

1.  Elakkan bersama dengan dia buat sementara waktu
Seperti yang kita tahu, bila sifat amarah atau rasa tak puas hati itu datang, secara langsung kita tak mampu nak atasi emosi kita pada tika itu so tak mustahil kalau kita stay pada situasi tegang tersebut, perkara yang lebih buruk seperti pergaduhan atau pertengkaran bakal terjadi.

2.  Ambil wudhuk
Wudhuk itu sendiri kalau kita faham maksudnya menyucikan diri daripada kekotoran zahir mahupun batin.  so, pentingnya semasa berwudhuk, selain baca niat ambil wudhuk, sertakan sekali niat dalam hati dalam kita menyuci seluruh anggota badan kita. KLIK SINI, untuk lihat niat ketika berwudhuk.

3.  SOLAT dengan KHUSYUK
Sebelum menunaikan solat, mulakan dengan istighfar beberapa kali dan selawat keatas Nabi SAW. Ini sebagai cara kita nak mencari balik ketenangan sebelum memulakan solat. Tika solat, cuba hayati betul-betul maksud bacaan dalam solat dan in sha Allah, permasalahan yang kita hadapi tadi tak akan mengganggu konsentrasi kita dalam solat

4.  Baca Al-Quran dengan KHUSYUK
Sejurus menunaikan solat fardhu atau sunat, ambil sedikit masa untuk membaca kitab suci al-Quran. Sungguh ifah nyatakan, dalam solat dan membaca al-Quran kita kan rasai satu perasaan yang amat amat amat tenang. Baca dengan penuh toma’ninah dan semangat, in sha Allah masalah yang kita hadapi tadi akan lenyap seketika

5.  Fikir dengan HUSNUZON, fikir Allah sedang menguji IMAN kita
Sungguh ifah akui nak ber-HUZNUZON saat emosi kita terganggu memeng agak susah kan tapi tak mustahil kalau kita tekad untuk melakukannya. Ingat sahabat ! Allah itu Maha Adil, tak akan DIA jadikan sesuatu itu tanpa hikmahnya yang tersendiri. Perbanyakkan istighfar tika prasangka buruk yang kita fikiri.

6.  Muhasabah diri
Cuba fikir balik sikap peribadi kita seharian, mungkin tanpa kita sedari kita juga pernah sakiti hati insan lain. So, jangan mudah menyalahkan orang lain 100%, kita sendiri ada kurang dan salahnya. Cuba perbaiki diri sebagaimana kita nak orang lain turut melakukan perkara yang sama.

7.  Cari jalan penyelesaian yang baik
Masalah pergaduhan/perselisihan faham tak akan settle kalau salah seorang tak mengalah, betul tak? Yes ! ifah tahu, setiap dari kita punya sikap ego yang sangat tinggi. Paling susah tok kita mengucapkan kata maaf kepada orang lain kan, lebih-lebih lagi ianya ternyata bukan salah kita. Honestly ifah cakap, walaupon pada permulaannya susah untuk kita memulakan suatu kebaikan itu tapi lepas je kita melakukannya, kita akan rasa subhanallah perasaan yang sungguh aman dan tenang. ingat teman, takpe kita jadi loser di mata orang, asal kita jadi winner dimata Allah :)


2 comments :

EFFAFARHANA said...

Salam perkenalan
jemput visit and follow me back :)
http://wwweffafarhana.blogspot.com/

Emi said...

Tips yg berguna, thanks :)

btw jom singgah ke blog sy :)