RUFAIDAH BINTI SAAD AL-ASALMIYA -Pakar Jururawat Muslimah


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Setelah Rasulullah menyampaikan risalah Islam, ramai tokoh2 islam di bidang ilmu pengetahuan lahir. Pada saat itu islam memegang peranan penting di semua bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah, astronomi, matematik dan bahkan di bidang kesihatan. Antara mereka yang pakar dalam bidang perubatan ialah, Ibnu Qoyyim Al-Jauzy, Ibnu Sina( Avicenna ), Abu bakar Ibnu Zakariya Ar-Razi ( Ar-Razi ), Imam al Ghazali, Abu Raihan Muhammad Al-Biruni.
Tak ketinggalan untuk dunia kejururawatan juga tersenarai tokoh muslimah yang ikut membantu Rasulullah SWT dalam mengubati kaum Muslimin yang cedera iaitu RUFAIDAH BINTI SAAD Al- Asalmiya, Ummu Attiyah, dan masih banyak lagi tokoh ilmu pengetahuan dan kejururawatan yang lain sama ada pada zaman Rasulullah mahupun sesudah itu.

Tokoh Kejururawatan
Banyak jururawat Muslim tidak mengenal Rufaidah binti Saad Al-Asalmiya, mereka lebih mengenal tokoh kejururawatan yang berasal dari dunia barat(England) iaitu Florence Nighttingale. Sebelum agama Islam menguasai dunia barat, dunia barat saat itu mengalami zaman kegelapan dan kebodohan disebabkan tindakan dari pihak gereja yang lebih banyak menguntungkan mereka. Tapi disisi yang lain iaitu di Semenanjung tanah Arab, Islam telah di ajarkan oleh Rasulullah tentang pelbagai ilmu pengetahuan yang seterusnya mengalami kemajuan terutama dalam dunia kejururawatan. Hal ini menunjukkan Rasulullah bukan hanya menjadi seorang tabib tapi dalam ajaran Islam, bahkan Baginda turut sampaikan ilmu yang mengandungi ajaran dan nilai kesihatan seperti: pentingnya menjaga kebersihan diri (Personal Hygiene), menjaga kebersihan makanan, mencuci tangan, ibadah puasa, berwudhu dan lain sebagainya.

Rufaidah binti Saad al-Asalmiya memiliki nama lengkap Rufaidah binti Saad Al Bani Aslam Al-Khazraj yang tinggal di Madinah. Beliau dilahir di Yathrib pada tahun 570 Masihi dan wafat pada tahun 632 Masihi. Beliau termasuk dalam kaum Ansar iaitu golongan pertama menganut Islam di Madinah. Ayahnya seorang doktor dan beliau mempelajari ilmu kejururawatan saat membantu ayahnya. 
Ketika kota Madinah berkembang, Rufaidah binti Saad mengabdikan dirinya merawat kaum muslimin yang sakit dan membina khemah di luar Masjid Nabawi. Dan sewaktu berlaku perang Badar, Uhud, Khandaq, beliau menjadi sukarelawan dan merawat mangsa yang cedera akibat peperangan tersebut. Beliau juga mendirikan hospital di medan perang lapangan sehingga terkenal saat perang dan Rasulullah SAW pun memerintahkan agar mangsa yang cedera dibantu olehnya.

Rufaidah binti Saad juga melatih beberapa kumpulan wanita untuk menjadi juruwarat dan dalam perang Khibar, mereka meminta izin kepada Rasulullah untuk mengikut di barisan belakang pertempuran bagi merawat mereka yang cedera dan Rasulullah pun mengizinkannya. Maka disinilah bermula dunia perubatan dan kejururawatan pada zaman itu.

Sentuhan Kemanusiaan
Rufaidah binti Saad al-Asalmiya juga memberikan perhatian terhadap aktiviti masyarakat, termasuk kepada anak yatim, pensakit yang mengalami gangguan jiwa. Beliau mempunyai kepribadian yang luhur dan empati sehingga memberikan pelayanan kejururawatan kepada pesakitnya dengan baik dan teliti. Sentuhan sisi kemanusiaan ini penting bagi seorang jururawat(nurse), sehingga aspek teknologi dan kemanusiaan (human touch) jadi seimbang.

Sebagai tambahan pengetahuan, perkembangan kejururawatan didunia islam atau lebih tepatnya lagi di negara Arab Saudi dapat digambarkan sebagai berikut:
1. Pada masa penyebaran Islam(The Islamic Period) pada tahun 570 hingga 632 Masihi, bidang kejururawatan seiring dengan perang kaum Muslimin atau jihad(holy wars), dan pada masa inilah Rufaidah binti Saad memberikan sumbangannya kepada dunia kejururawatan. 
2. Masa setelah Nabi (Post Prophetic Era) pada tahun 632 hingga 1000 Masihi iaitu jugak setelah kewafatan Nabi, pada masa ini lebih di dominasi oleh kedoktoran dan mulai muncul tokoh-tokoh Islam dalam dunia kedoktoran seperti Ibnu Sinna (Avicenna), Abu bakar ibnu Zakariya Ar-Razi ( Ar-Razi ), bahkan Ar-Razi sendiri menulis dua karangang tentang "The Reason why some persons and common people leave a physician even if he is clever."
3. Masa pertengahan (Late to Middle Age) pada tahun 1000 hingga 1500 M. Pada masa ini negara-negara Arab membangun hospital dengan baik dan mengenalkan rawatan orang sakit, dan di hospital ini telah memperkenalkan konsep pemisahan antara bilik rawatan lelaki dan perempuan dan sampai sekarang banyak diikuti semua hospital diseluruh dunia.
4. Masa Modern pada tahun 1500 hingga sekarang. Pada masa inilah rawatan-rawatan asing dari dunia barat mulai berkembang dan mulai masuk kenegara Arab. Namun, pada masa ini salah seorang perawat bidan muslimah pada tahun 1960 yang bernama Lutfiyyah Al-Khateeb yang merupakan perawat bidan arab Saudi pertama yang mendapatkan Diploma Keperawatan di Kairo,  ia mendirikan institusi kejururawatan di Arab Saudi.
Sekian sahaja kisah Rufaidah binti Saad al-Asalmiya yang mampu ifah kongsi buat semua, moga memberi manfaat sedikit sebanyak buat antum. in sha Allah :)

sumber :
1. Buku 44 Wanita Solehah Dambaan Syurga
2. Up Soul
3. Ummu Hanik