Showing posts with label Ibrah. Show all posts
Showing posts with label Ibrah. Show all posts

Ibrah Musafir

Salam sayang sahabat readers :-) in sha Allah, ifah doakan sahabat-sahabat yang baca entri ifah ni sihat-sihat semuanya ye, aamiin.

So, untuk entri kali ni ifah nak share dengan antum semua sedikit sebanyak ibrah yang ifah dapat sepanjang 'long-long' journey ifah minggu lepas. Jemput baca :-)

Bismillah,
Bermula 8/2/2016 malam, ifah bergerak dari Kelantan ke Perlis menaiki bas Shamisha dan alhamdulillah selamat sampai keesokan paginya even sebenarnya dalam banyak-banyak pilihan bas, for me Shamisha is the last choice because of a few solid reason. Nak tahu reason apa? in sha Allah, nanti ifah story okei, tu pon kalau ifah ingat laaa :-D

Back to my story, selamat jer tiba di Kangar pagi 9/2/2016, sahabat ifah datang ambil dari stesen bas terus ke MATIN? benda alah apa pulak MATIN ni kan? Haa, MATIN is stand for Maahad Tahfiz Imam Nawawi, tempat ifah menuntut ilmu. Kebetulan waktu tu MATIN lagi ada daurah, so kami terus gerak kesana. Selesai daurah tu semua, ifah dan sahabat terus balik ke rumah sewa kami untuk berehat.

Petang 9/2/2016, belum sempat hilang penat lagi, sahabat-sahabat ajak 'lepaking' kat Kuala Perlis pulakkk, as her last ronda-ronda area Perlis sebelum balik Selangor. Sebabnya 2 orang dari sahabat ifah tu dah tamat belajar kat UiTM Arau, so diaorang nak la ronda-ronda sebelum tinggalkan bumi 'tarbiyah' tu.

Here, ifah share sedikit kenangan kami 'lepaking' arau Kuala Perlis :)







Alhamdulillah, selesai lepak-lepak dan shopping sikit, kami terus gerak balik ke rumah sewa untuk berehat. Penat kott seharian jejalan, sampai gastrik ifah dibuatnyaa ;D

Keesokkan harinya bersamaan 10/2/2016 lebih kurang pukul10 pagi, kami 5 sekawan, mula bermusafir ke Selangor. Perjalanan ke sana ambil masa lebih kurang 10 jam jugak, tu termasuk berhenti untuk makan dan solat, plus jem jalan sikit-sikit.

Malam 10/2/2016, ifah menginap kat rumah sahabat di Puncak Alam dan tinggal disana selama 2 hari until 12/2/2016.

Pagi 12/2/2016, bermula ujian musafir buat ifah dan kak afirah bila kami yang sama-sama dah lama sangat tak naik KTM, tapi hari tu kami kena naik benda alah tu untuk ke Nilai sebab itu la satu-satunya transport yang memudahkan kami untuk pergi ke sana. So, disebabkan tak biasa naik KTM plus rasa nervous sikit-sikit, kami sempat jugak buat revision macam mana nak naik KTM tu semua, huhuhu. jangan main-main. Ingat time exam je ke kita kena buat revison :-P 

Dengan bantuan Kak Lin dan adik dia, sahabat yang ifah tumpang duduk kat rumah dia tu, diaorang hantar kami ke stesen KTM Kuang. Sampai sana, kami terus beli tiket KTM dari Kuang ke Nilai. Ni rupa tiketnya hah :-)


Sebelum terus ke Nilai, dari Kuang kami kena transit dulu kat Stesen KTM KL Central sebelum tukar naik next train untuk ke Nilai. 

Here, bermulalah ibrahnyaaa. Jengg jengg jengggg :-/

Seperti korang jugak *rasanya, disebabkan kita tak biasa dengan situasi tu, mesti kita terdetik sesuatu yang tak elok akan berlaku kan walaupun kita taknak pon fikir dan benda tu betul-betul terjadi, Nak dijadikan cerita, time otw dari Kuang ke KL Central tu, dalam train, tetiba ifah terdetik yang sweater yang ifah bawa akan jatuh dalam lubang KTM (lubang dari tempat menunggu, nak melangkah naik train)

Sampai je dekat KL Central, masa tunggu next train, ifah betulkan sweater yang ifah letak atas beg dan memang betul-betul yakin yang sweater tu takkan jatuh. Bila train dah sampai, dengan kesesakan orang time tu, tiba-tiba.................


" Ifahhhh!! " jerit kak afirah dari belakang.

Ifah toleh je belakang, then dia cakap, "Sweater awak dah jatuh dalam lubang tuuu"


Allahh, terkejut sangat time tu. Sempat intai-intai dalam lubang, kot masih ada peluang nak ambik balik sweater tu kan. Tapi sebab takot train nak mula gerak, kak afirah terus ajak ifah masuk train dan cari tempat duduk. Waktu tu takyah cakap la, memang rasa macam-macam. Sweater kesayangan kotttt, dah la dalam poket sweater tu ada sarung tangan kesayangan jugakkk :'(

Allahh, rasa nak je 'reverse' balik waktu 5 minit yang lepas. Keadaan dalam train jadi sunyi kejap, sebak jer dalam dada. Benda berlaku terlalu pantas :'(

Lepas tu, bila hati dan tenang sikit, baru teringat balik apa yang ifah terdetik sewaktu dalam train Kuang ke KL Central.

Allahhh, ianya berlaku sangat tepat. Allah dah bagi 'hint' sebelum kejadian tu betul-betul terjadi. Dan ibrah yang ifah boleh ambil, walaupun tadi ifah cakap ifah dah betul-betul yakin sweater tu takkan jatuh, tapi dengan izin dan kehendak Dia, benda tu tetap terjadi. Seperti Firman Allah,

“Kun Fayakun”
"kun (jadilah)", maka jadilah ia".
(QS. Yaasiin:82)

Tersenyum seketika.

Benarlah, semua benda yang kita ada hakikatnya adalah milik Dia dan hanyalah pinjaman sementara untuk kita. Kalau dia nak ambil balik sesuatu tu dari kita, tak lewat sesaat, ianya pasti akan pergi dari kita :')

Berbalik pada kisah musafir ifah, alhamdulillah ifah selamat tiba di Nilai lebih kurang pukul12 petang dan terus bergerak ke Masjid Kuarters KLIA untuk ikuti program GAMIS.

Kat sana, walaupun kami ahli baru, kami disambut dengan penuh kemesraan dan alhamdulillah, dapat kenal ramai sahabat baru. Walaupun waktu perkenalan ada yang tak sampai 24jam, tapi kami sangat sangat rapat macam dah kenal lama dan walaupun asalnya kami dari pelbagai kampus dan asal dari pelusuk negeri Malaysia. Disitu ifah boleh katakan nikmat manisnya ukhuwah kerana Dia :-)

Program tu berlangsung selama 2 hari bermula 12/2/2016 hingga 13/2/2016. Selain berprogram 'formal', kami sempat jugak adakan 'bulatan cinta' untuk eratkan ukhuwah antara kami disamping sebagai 'makanan rohani'. Yela, kalau boleh kami taknak la ukhuwah kami terhenti hingga program tu je kan.


Alhamdulillah, petang 13/2/2016, program kami selesai. Ifah dan kak afirah terus bergerak ke dataran Nilai sebab malam tu kami akan naik bas untuk pulang ke rumah.

Pagi 14/2/2016, alhamdulillah ifah selamat tiba di rumah di Kota Bharu. Penat? Memang sangat penat dengan perjalanan musafir yang panjang, dengan sweater hilang lagi kan tapi alhamdulillah, rasa 'seronok' tu lebih mengatasi. 

Alhamdulillah ya Allah, diberi peluang untuk merasai semua ni. 
Moga diberi kesempatan lagi untuk rasa musafir seperti ini, in sha Allah.

Ok la, here panjang lebar my 'Ibrah Musafir'. Moga antum dapat sedikit sebanyak input dan terima kasih sebab sudi baca. 

Jumpa lagi dalam next entri, in sha Allah. Baii baiii, assalamualaikum :-)

You're so Special

Bismillahirahmannirahim.
Lama tak menulis berkongsi ibrah.
Saya teringat ketika pengajian di pondok baru-baru ini. Ada seorang sahabat ni pelajar USIM. Saya lihat ada sesuatu yang 'special' pada dirinya.
(Juga sedang cuti semester). 
Ketika hari pertama lagi saya mula mendaftar, saya selalu pandang dia senyap-senyap. 
Sebab apa ?
Sebab saya tertarik bila nampak dia dan Al-quran sangat 'susah' untuk dipisahkan. Subhanallah! 
Dia selalu duduk tepi. Dia jarang bising. Dia tak bercakap melainkan bercakap hanya bila disoal, dia tak bersuara melainkan jika ada lafaz baitnya hanya berkaitan kepada perkara-perkara yang mengingatkan kepada Allah sahaja. 
Akhlak yang dibawanya, akhlak mahmudah.
Satu petang ketika waktu beriadah. Selepas talaqi, ada adik bercerita kepada saya.
" Kak tahu tak nama kakak tu (sambil menuding jari pada sahabat tadi)." 

" Tahu. Kak Amalina "
Saya senyum.
" Tadi adik bercerita dengan dia pasal lelaki. Dia banyak diam, dan angguk. Selalu senyum. Baik kakak tu. "

" Oh yeke. . Cerita pasal apa je ? "
Saya reply masih dalam keadaan fokus memandangnya. 
" Banyak topik kak. Tapi dia banyak diam je. Yang adik ingat, kakak tu ada cakap kalau macam dia nak tengok facebook, instagram, youtube, atau apa-apa je yang lain dia mesti pakai tudung tutup aurat."
Saya mula pelik.
Tertanya-tanya. Kenapa dan kenapa ?
Lantas saya bertanya lagi,
" Kenapa begitu ? "

" Kakak tu cakap, kalau dia buka facebook misalnya, kalau kebetulan terscroll gambar lelaki di newsfeed, atau ada wajah-wajah lelaki bukan mahram di media sosial, dia rasa berdosa pada Allah. Umpama lelaki yang ada dalam fb itu melihat dia free hair. Kalau dia tutup aurat, hati dia tenang, dan cepat-cepat alihkan pandangan pada tempat lain. Rasa malu pandang wajah-wajah lelaki bukan mahram walaupun hanya di media sosial. Adik dengar kakak tu cakap, adik menangis kak. Kakak tu cerita sangat lembut, dan sampai kat hati adik. "
Masya Allah.
La hawla wala quwata illa billah.
Demikianlah terkelunya lidah ini. 
Refleks diri ketika itu.
Ya Allah mata aku lihat ini dan ini. 
Ya Allah telinga aku dengar ini dan ini.
Ya Allah mulut aku kata ini dan ini.
Ya Allah hati aku sangka ini dan ini.
Ya Allah tangan dan kaki aku buat ini dan ini.
Ya Allah.
Sudikah Kau pandang aku ?
Then after all, 
How many times a day do we seed tawbah from Allah SWT in one day ? 
How many times do we ask His forgiveness ? 
Ya. Dari situasi itu, Saya tahu.
Saya wanita 'yang mana'
Moga Allah ampunkan kita.

Kak Hassanah

Amanah 20sen ❤



Seorang imam masjid di London biasa naik bas untuk ke mana mana... 
Suatu hari dia membayar tambang bas,, lalu segera duduk setelah menerima baki dari pemandu bas tersebut..

Setelah dia mengira,, ternyata wang baki dari pemandu itu terlebih 20 sen... Ada niat di hati sang imam untuk mengembalikan baki duit yang terlebih itu kerana memang bukan haknya...

Namun terlintas pula dalam fikirannya untuk tidak mengembalikannya.. hanya kerana memikirkan itu hanya wang kecil yang tak begitu bernilai.. Umumnya orang juga tidak mengambil peduli dalam hal begini... lagipun itu tidak akan membuat pemandu bas miskin...

Kemudian bas berhenti di sebuah perhentian bas untuk menurunkan sang imam... Tiba-tiba sang imam berhenti sejenak sebelum keluar dari bas,, sambil menyerahkan wang 20 sen kepada pemandu dan berkata:
"Ini wang anda,, baki wang saya yang anda pulangkan tadi terlebih 20 sen.. Ini bukan hak saya.." 

Si pemandu mengambilnya dengan tersenyum dan berkata:
"Bukankah anda imam baru di kota ini?? Saya sudah lama berfikir untuk mendatangi masjid anda demi mengenal lebih jauh tentang Islam,, maka sengaja saya menguji anda dengan memberi wang baki yang lebih dari sepatutnya... Saya ingin tahu sikap anda.." 

Saat sang imam turun dari bas,, kedua lututnya terasa menggeletar dan hampir jatuh ke tanah,, hingga dia memegang tiang yang berdekat dengannya dan bersandar... Pandangannya menatap ke langit dan berkata:
"Ya Allah,, hampir saja saya menjual Islam hanya dengan 20 sen saja..."

Al-Brithani wa amaanatul Imam, Ahmad Khalid al-Utaiby




Moral of the story :

Setiap perkara yang terjadi dalam hidup kita ni, kita hanya ada dua pilihan, samada 'baik atau buruk', atau boleh jadi 'syurga atau neraka'. Kadangkala kita mungkin nampak sesuatu benda tu kecik jer nilainya pada kita tapi bukan di'mata' Allah. 

Amanah yang kita pikul, walaupun hanya sekadar meminjam buku kawan, kalau kita salah guna dan tak pulangkan, itu akan dipersoal dihadapan Allah SWT kelak dan boleh jadi penghalang kita untuk ke syurga, nauzubillahi minzalik. 

Lebih-lebih lagi yang ingin ifah tekankan kat sini ialah kita sebagai seorang muslim yang membawa imej agama islam. Segala tindakan kita akan ada yang perhati, lebih-lebih lagi kalau kita ni 'public figure'. Akan ada yang mencari salah kita dan tak mustahil jugak sebaliknya. Dan itu kadangkala boleh merosakkan imej agama yang kita sayang or lebih teruk kita mungkin jadi fitnah bagi agama, nauzubillah.

Jadi ayuh, ifah ajak diri ifah sendiri dan sahabat readers agar kita ajar diri untuk amanah dulu dengan Allah, diri sendiri dan amalkan sifat mahmudah. In sha Allah, andai sifat itu sebati dengan diri kita, ifah yakin kita semua takkan tergamak untuk melakukan perkara tak elok kan. 

In sha Allah, semoga kita sentiasa dalam rahmat dan perlindungan-Nya, aamiin ^^