HINDUN BINTI AMRU -Kecintaan terhadap Keteguhan Islam



بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Hindun binti Amru merupakan Muslimah yang hatinya dipenuhi kecintaan kepada Islam. Kecintaannya kepada ad dinul haq, Islam, menjadikannya muslimah yang gigih menperjuangkan semangat jihad bagi para rijal(lelaki). Kecintaannya itu juga adalah untuk  memperjuangkan, mempertahankan, membela  tegaknya kalimah Allah SWT.  Tak terkecuali kepada suami, anak dan keluarganya.

Hindun binti Amru ialah isteri Amru bin Jamuh, salah seorang pemimpin Bani Salamah yang terhormat. Namun, beliau memiliki kecacatan iaitu kakinya tempang. Walaupun demikian, dengan keadaan fizikal yang tidak normal tersebut, Amru bin Jamuh berhasil meraih syahid. Beliau tidak mahu ketinggalan dalam jihad melawan musuh-musuh Islam walaupun sesungguhnya tidak ada kewajiban atasnya untuk itu. Demikian juga putranya Khallad dan Abdullah (saudaranya) mereka juga turut syahid.
Hindun binti Amru kehilangan tiga orang yang dicintainya dalam satu masa. Namun itu tidak menjadikannya lemah, atau hanyut dalam kesedihan.

Membawa Jenazah ke Madinah
Ketika Hindun mahu membawa jenazah ketiga orang yang dicintainya ke Madinah untuk dimakamkan disana, Ummul Mu’minin Aisyah RA melihatnya dan berkata padanya, 
"Kamu memiliki kebaikan, lalu apa kamu tinggalkan dibelakangmu?"

Hindun bin Amru menjawab,
"Rasulullah SAW adalah orang soleh, dan setiap musibah yang dihadapi oleh baginda adalah dianggap kecil. Dan Allah SWT mengambil daripada orang-orang Mukmin untuk menjadi syuhada !"

“Siapa mereka ?” Tanya Aisyah RA.

“Saudaraku, putraku iaitu Khallad dan suamiku Amru bin Jamuh”

“Kemana engkau akan pergi dengan jenazah mereka ?,” lanjut soalnya Aisyah.

“Aku hendak memakamkan mereka di Madinah,” jawab Hindun binti Amru.

Subhanallah akhwati, mari kita hayati ketegaran dan kesabarannya. Amat sedikit muslimah yang mampu melakukannya. Kehilangan tiga orang yang dicintai dalam satu waktu, namun beliau masih tetap sabar.
Berangkatlah Hindun menuju Madinah. Namun kuda yang ditunggangi tidak mahu bergerak kearah yang dituju. Akhirnya Hindun binti Amru mengarahkan tali kekangnya kearah kancah Perang Uhud, maka kuda itupun bergerak menuju kesana.

Saling Berdampingan di Syurga
Disanalah Rasulullah SAW mengebumikan ketiganya ( Amru bin Jamuh, Khallad dan Abdullah ).
Setelah pengkebumian Rasulullah SAW berkata kepada Hindun bin Amru, 
"Wahai Hindun, mereka bertiga saling berdampingan di jannah(syurga) nanti”. 

Dengan wajah berseri-seri, Hindun bin Amru berkata,
"Wahai Rasulullah, do’akanlah aku agar boleh bersama mereka (dijannah nanti)."

Kecintaannya kepada tegaknya Islam, menjadikan penawar rasa duka kehilangan orang-orang yang sangat dekat dan sangat dicintainya.

Itulah hakikat Iman, kecintaan kepada Allah SWT, Rasululullah  dan berjihad dijalanNya melebihi segala-galanya.
Semoga, dengan pemahaman dan penghayatan tentang keimanan, kesabaran dan kegigihan para sahabiyah, Allah SWT suburkan dalam hati kita benih-benih keimanan yang melahirkan semangat jihad untuk berkorban, baik harta mahupun nyawa. Demi keteguhan kalimah Allah SWT diatas bumi ini iaitu bumi yang sejatinya Allah SWT wariskan kepada hamba-hambaNya yang soleh sehingga umat Islam tidak akan dihinakan dimanapun. Allahu Akbar.

sumber :
1. 44 Wanita Solehah Dambaan Syurga
2. http://www.voa-islam.com/
3. Perempuan-perempuan Mulia di Sekitar Rasulullah SAW

1 comment :

PeRdU cINta said...

Moga kita mencontohi keteguhan imannya..