Showing posts with label my story. Show all posts
Showing posts with label my story. Show all posts

I'm FREE !

Haii gaiss, apa khabar? Haa copp copp, sebelum jawab khabar korang, jangan lupa jawab salam  'assalamualaikum' ifah kat atas tu dulu yer. 

By the way, hari ni in sha Allah ifah nak share berita gumbira dengan antum semua, sahabat readers ifah yang cuties muties  Nak tahu apa dia? Stay tuned with me till the end of this entry okehh ;-)

Sebelum tu nak tanya? Antum ada allergic something tak? Tak kesah lah makanan, minuman, pets or whatsoever. Yang penting, keywords dia 'allergic'. Ada tak? Ada tak? Mesti ada kan kan kan? ^^

Takpe, tak perlu malu malu kucing nak ngaku okei, sebab kita semua serupaaaaaa. Maksudnya setiap dari kita mesti ada keunikan 'allergic' dia yang tersendiri kan, including ifah sendiri. Yang takde tu, alhamdulillah dia lagi unik :)

So, nak tahu apa yang ifah allergic? Haaaa, tengok gambor kat bawah ni.

T
a
d
a
a
a
a
a
a
a
a
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yess ! Creampuff is one of the many many things that i allergic of.

Ifah pon tak tahu kenapa. Tiap kali ifah bau, mahupon nampak je creampuff ni depan mata, automatik kepala jadi pening-pening dan mual. Terkadang, rasa terok pulak allergic ni tapi nak buat macam mana, dah ditakdirkan gitu :-/

Sampai la satu masa tu kannnnnnnn,
sepupu ifah yang sekarang tengah 'fall in love' with baking baking ni, bake some creampuff dan bawak mai rumah ifah. Kemudian dia minta ifah dan mama rasa dan bagi a few comment about her new recipe **dan dan kena jadi pengkritik makanan tak bertauliah pulak :D

Like usual, dah terpacak kuih creampuff ni depan mata, mula la rasa yang tak menyenangkan tu mai. Ikutkan hati memang tak la nak makan kuih kecik molek tu, risau satgi kalau makan, maraton pulak ifah ke sinki. Tapi disebabkan mama duk showoff kata creampuff tu sedap dan suruh rasa, last-last hati ni entah macam mana TER-BERANI pulak nak rasa creampuff tu.

Apa lagi, slow-slow ifah capai satu creampuff tu. Dengan bismillah sambil-sambil tahan nafas, ifah 'ngappp' creampuff tu dan alhamdulillah ya Allah, rasa mual dan pening tu tak bagi kesan buruk pun kat ifah, maksudnya ifah takde sampai muntah-muntah macam yang ifah bayangkan. Alhamdulillah Alhamdulillah ! ;-)

Betul la orang cakap, kadangkala kita ni kena cuba lawan apa yang kita rasa. Sebab kadang-kadang benda tu takde la teruk sangat tapi mungkin kita yang terlalu manja-manjakan diri kan. Tapi kalau dah cuba sekali, tapi masih tak boleh, jangan paksa-paksa pulak. Nanti lain pulak jadinya kan. 

Jadi, itu la berita gumbira yang ifah nak share dengan antum semua. From now, i'm FREE to eat CREAMPUFF. Alhamdulillah^^ walaupun rasa pening dan mual tu masih ada tapi yang penting ifah boleh cuba kawal dan ianya tak halang untuk ifah makan itu creampuff tu lagi :)

Ok la, sampai sini dulu entri ifah kali ni. Till we meet again gais. 
Assalamualaikum.

i'm back with my own story ! :)



Subhanallah ! Alhamdulillah ! Allahuakhbar !
syukur kehadrat Ilahi setelah sekian lama tak ber-blogging, harini terdetik pulak nak online blog kita yang dah berhabuk kusam bagai nih. fuhh fuhh fuhh ! tiup habuk sikitttt ^_^ so, apa khabar antum semua? apa khabar pula iman antum? moga semua masih dalam keadaan molek-2 blako, in sha Allah ! 

okei la, kebetulan ifah tengah semangat nak ber-blogging ni kan, boleh pulak ni entri pertama tok 2014 nih, ifah nak share sedikit sebanyak pengalaman ifah sepanjang 1 sem pertama di Uitm Perlis. honestly, tak terasa pon 1 sem berlalu, huhsss ! sungguh masa itu berdetik dengan pantaskan dan ini jugak putunjuk dari Ilahi yang kita menghampiri ke penghujungnyakan :'(

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda :

"Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat. Maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api."
[Hadis Riwayat Tirmizi]

Konklusinya, hargai setiap detik yang kita alami supaya kita tak termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi, aamiin ! back to my story, sepanjang 1 sem ifah bergelar student degree di Uitm Perlis, seperti remaja lain jugak, alhamdulillah Allah beri peluang tok ifah alami banyak sangat kenangan manis mahupon pahit, tapi alhamdulillah ifah punya more tu yang manis-manis la kott, hihihiii.

so, pengalaman pertama yang ifah nak share dengan korang ialah pengalaman bersama teman sebilik yang kiut miut nih :) alhamdulillah ya Rabb, ifah dikurniakan teman sebilik yang sangat sporting, baik dan 'ngamm' dengan ifah. walau ada tikanya mengalami sedikit 'mood-mood dingin', tapi pape pon ifah tetap sayang roomate ifah nih lillahi taala. Nur Natasha Nabila nama diberi, ana uhibbuki fillah. moga Allah sentiasa merahmatimu dalam setiap langkah dan nafas, in sha Allah. walaupon sem depan kita dah tak bersama lagi, tasha tetap sahabat ifah selamanya okeiii ^_^




next ! ifah nak story mory pasal classmates ifah pulak. geng CSB1At a.k.a Networking diberi nama. macam yang lain jugak, bila melibatkan classmates nihh, memanglah banyak ragam dan kerenahnya yang tersendirikan. tapi alhamdulillah, walaupon kami berbeza karekter, tapi hubungan kami 1 class tetap mesra dan rapat. ana uhibbukum fillah sahabat semua ! moga Allah permudah dan rahmati perjalanan kita lagi 6 sem sebagai classmates, aamiin ! fighting CSB1At ! ^_^

 kenangan bersama Sir Jamo, our lecturer of Networking. we HEART you, sir :')


dinner Bits

lastly, ifah nak story mory tentang geng usrah IMAM yang ifah join. alhamdulillah sangatt, Allah berikan ifah peluang dan ruang tok join dan merasai nikmat dan indahnya bersama group usrah Imam, banyak sangat manfaat yang ifah dapat melalui group usrah ni. semestinya yang paling indah buat ifah ialah ifah ada famili usrah yang baru. MashaAllah, dengan dikurniakan akak naqibah yang sporting and the best serta adik beradik usrah yang semuanya baik-baik, mengeratkan lagi ukhwah kami 1 famili. in sha Allah, ifah harap moga hubungan kita ni bukan sekadar teman biasa, keluarga malah jugak teman sekapal menuju Jannah Ilahi, aamiin ! ana uhibbukum fillah ya ukhtii :')

lambang RABIA with group besar usrah Imam muslimat

sepetang bersama usrah Imam :)

in sha Allah, setakat ni dulu story atau pengalaman yang sempat ifah kongsi dengan antum semua. pape pon, thanks alot kepada antum yang sudi skodeng entri ifah tok kali nih. dont worry skodeng yang kali nih tak salah, malah diharuskan lagi, hohohoo. okei laa, jumpa lagi antum semua pada entri seterusnya yer. jaga hati, jaga iman, jaga ikhtilat, jaga kesihatan dan jaga aurat yerr. wassalam :)