Salam Nisfu Sya'aban ♥


Alhamdulillah ! Subhanallah ! Allahuakhbar ! Maha Suci ILAHI Rabbul Izzat, sedar tak sedar kita hari dah masuk pertengahan bulan syaaban kan, bersamaan jugak 15 Syaaban dalam kalendar Hijrah. Automatik jugak lepas masuk waktu maghrib tadi bermulalah yang dinamakan MALAM NISFU SYAABAN. wahh~ rasa baru jer masuk bulan Syaaban, berlalu bulan Rejab pon ifah masih rasa lagi. pape pon kepada semua sahabat muslim ifah, SALAM NISFU SYAABAN buat sahabat semua. sempena bukanya buku amalan kita yang baru nih, kita mampu lebih istiqomah menjadi hamba DIA yang lebih taat, aamiin ! ifah tinggalkan korang dengan sedikit info tentang AMALAN MALAM NISFU SYAABAN  

.
A.   Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan tertib dan setiap satunya diniatkan memohon:
  • Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
  • Ditetapkan iman sehingga ke akhir hayat dan dijauhkan dari bala bencana.
  • Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
Rasulullah SAW bersabda:  “Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu.”  (Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri).
B. Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita.
C. Solat-Solat Sunat:
  • Solat Sunat Mutlaq
  • Solat Sunat Isyraq
  • Solat Sunat Dhuha
  • Solat Sunat Rawatib
  • Solat Sunat Awwabin
  • Solat Sunat Tahajud
  • Solat Sunat Tasbih
  • Solat Sunat Taubat
  • Solat Sunat Hajat
  • Solat Sunat Witir.
Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.” Apa yang disukai oleh Rasulullah SAW adalah solat (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit dan Baginda SAW apabila mendirikan solat, maka Baginda SAW sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.” (Diriwayatkan oleh imam Bukhari r.a. dan imam Muslim r.a.)
D. Membaca Al-Quran dan memperbanyakkan sedekah.

sumber: shafiqolbu.wordpress