Kematian Husnul Khatimah (kisah benar) ╥﹏╥



Tanggal 07/06/2013, perginya seorang lagi khalifah Allah mengadap ILAHI. hadirnya arwah sungguh menyenangkan hati insan sekeliling, bicaranya penuh dengan intipati. alhamdulillah, didadanya penuh dengan ayat suci Al-Quran yang dihafaz dan diimpikannya mampu menghafaz penuh 30juzuk Al-Quran. Perkenalan kami hanyalah melalui fone. Walaupon kami jarang berhubung, alhamdulillah setiap kali berhubung, mesti ada mesej yang cuba disampaikan. 

Arwah panggil ifah dengan panggilan 'Kak Ifah', kami berkenalan melalui sahabat ifah yang merupakan teman seguru arwah. apa yang ifah cuba sampaikan disini, saat-saat pemergian arwah yang cukup indah. honestly, meskipon hati begitu sebak nak cerita balik peristiwa tersebut tapi demi nak share ikhtibar+pengajaran buat sahabat sekalian, ifah akan cuba ceritakan balik saat-2 terakhir arwah. sebelum tu alhamdulillah, syukur sangat-2 Allah beri ifah kesempatan tok alami semua ni. 

Lepas zuhur 07/06/2013, ifah dapat mesej dari arwah. Pintanya tok ifah temankan dia hingga masuk waktu asar. Ifah dengan ikhlas, terima permintaan tersebut. permulaan mesej, seperti kebiasaan arwah berkelakuan tenang jerr. tapi tak lama lepas tu, mula bibit-bibit yang mencurigakan bagi ifah.

" a*** tak makan hari ni, nak kata puasa tak jugak. tapi entahlah, mungkin senang nak buang segala kekotoran bila dimandikan "

Subhanallah, saat tu hanya Tuhan yang tahu betapa ifah cemas sangat dengan perlakuan arwah. Cuba tanya apa yang terjadi, tapi arwah ibarat sukar tok terangkan. Lepas tu arwah jugak banyak kali mintak maap dengan ifah andai ada terbuat salah silap sepanjang kami berkenalan dan pesanan terakhir daripada arwah buat ifah :

" semakin teguh kesabaran kita, semakin dekat kebahagiaan itu datang dan hanya kepada Allah untuk akak sandarkan..hanya kepada DIA kak "

" a*** tenang untuk pergi sekarang "

Allahuu, menitis airmata saat ifah baca balik mesej-2 terakhir dari arwah. Begitu dia dapat merasai bahawa ajalnya sudah hampir. Hampir sejam setengah lepas tu, ifah dapat mesej dari sahabat ifah yang menyatakan bahawa arwah telah pergi mengadap ILAHI dalam tidur. Ya Tuhan, lemah hati ifah time tuh hanya DIA yang tahu. Rasa macam tak percaya, sedangkan ifah baru jer mesej dengan arwah sejam setengah yang lepas =( tapi dikuatkan hati demi merima takdir dari ILAHI. 

Satu lagi peristiwa yang amat ifah terharu+kagum tentang pemergian arwah, ifah dapat berita dari sahabat ifah, masa nak tanam arwah tadi, atas langit betul-betul ada bulan yang menyinari di kawasan kubur arwah. Subhanallah, Maha Besar Engkau Tuhan Rabbul Izzat. Begitu tenang dan indah pemergian arwah, moga ini petanda baik bahawa pemergian arwah dirahmati oleh-NYA. Doakan semoga arwah ditempatkan dikalangan hamba Allah yang soleh, aamiin ! al-fatihah buat arwah 
  
**mesej2 akhir dari arwah masih ifah simpan sampai sekarang .


وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَنْ تَمُوتَ إِلا بِإِذْنِ اللَّهِ كِتَابًا مُؤَجَّلا 
Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. (QS. Ali Imran [3]: 145).


3 comments :

aindotain said...

semoga akak tabah menghadapinya . . .

fazaira said...

Allah lebih sayangkan dia ifah. Kita sebagai manusia kena selalu ingat, mati bukanlah sebuah pengakhiran tetapi ianya adalah satu permulaan kehidupan yg sebenarnya....

firohar said...

al-fatihah..smoga roh arwah dirahmati..amin ya rabbal'alamin..