assalamualaikum semua, apa khabar sahabat ifah sekalian?? hopefully sihat sejahtera hendaknya. so, straight to the point, ifah percaya kat laman sosial korang, facebook mahupon twitter, saat nih heboh kenalan korang duk update status pasal bola kan?? tak caye? ce online jap tengok. mungkin ada yang sampai nak gadoh-2,emh-2 ! apa laaa~ tak sporting langsungkan diaorang tu. bola, bola jugak, maruah diri, agama kena la jaga kan. btw, nak jugak tahu, korang sokong pasukan mana?? KELANTAN or JOHOR?? ifah sebagai anak jati kelantan semestinya SETIA dengan THE RED WARRIORS ! yeahhh, gomo kelate gomo ! siapa yang sokong kelantan, ce angkat tangan, kita geng ! ;D papepon sure saat nih jalan sekitar KL mesti sesak dengan penyokong setia dari kelantan dan johor. menjelang piala akhir Piala FA 2013 yang bakal berlangsung kurang 4 jam dari sekarang, ifah yakin banyak ramalan, baik dari penyokong mahupon jurulatih dari kedua-dua belah pihak telah dibuatkan. ada yang cakap kelantan akan menang dan ada jugak sebaliknya. pape pon bagi ifah, kedua-dua pasukan ada kehebatannya yang tersendiri dan sememangnya perlawanan malam nih amat sengit. tapi menang kalah suku kira. bila cakap menang, memang semua orang nak menang tapi apa guna menang kalau kedua-dua belah pihak mahupon penyokong sendiri ada yang tak puas hati kan. so, hopefully sebagai salah seorang penyokong bola, ifah berdoa moga perlawanan malam ni berlangsung dengan jayanya dan jujur tanpa ada permainan taktik kotor. harap jugak tak ada pergaduhan yang akan berlaku, in sha Allah. akhir kata, MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA ! hikhik~ promote iklan kerajaan jap ;D ifah tinggalkan korang dengan sedikit detail tentang perlawanan malam nih yerr. jangan lupa tengok tau dan sama-sama kita sokong pasukan KELANTAN, hohohooo~
jenis perlawanan : Final Piala FA 2013
pasukan : Kelantan vs Johor (TRW vs JDT)
waktu : 8.40 malam
tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil
saluran : TV2 dan Astro Arena 801
Penyokong menjadi saksi, BUKIT JALIL menjadi destinasi, dua pasukan punyai misi, Piala FA mahu dimiliki, KELANTAN FA tetap di hati ♥♥♥
"Hasbunallah wa ni'mal wakiil (cukuplah Allah menjadi Penolong kami & Allah adalah sebaik-baik Pelindung)." --QS.Ali'Imron:173--
No comments :
Post a Comment