Tanggal 6/6/2013 result student matrik seluruh negara sesi 2012/2013 diumumkan and ifah antara salah sorang yang akan dapat result tuh. Waaa~ honestly sehari sebelum dapat result tu lagi ifah rasa berdebar yang teramat sangat. Akibatnya tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak selera **over la kalau betul gitu kann ;0 time kerja tadi pon asyik pikir sal result jerr, tambahan lagi kawan-kawan dah start hantar mesej tanya result yang ifah punya. err~ mujur ada alasan jugak nak elak, sebab ifah masih ditempat kerja kan **tapi memang betul pon, tak main tipu-2 nihh :)
So, balik kerja tuh hati mula gelisah dah. Nak check sekarang ke malam nanti?? kang check lambat-lambat, jadi tak khusyuk dalam solat pulak. So, ifah decided nak check terus. Pape pon result yang ifah akan dapat nanti, kena tetap bersyukur dan redha. So, hasilnya honestly tak berapa memuaskan tapi tak apa lah, mungkin dah rezeki ifah setakat nihh. Yang penting ifah dah usaha+tawakal.
Tapi 1 jerr, truly ifah terkejut dengan keputusan sains komputer yang ifah dapat, apa tak nya lepas exam hari tu memang totally frust sebab tak boleh jawab, tapi alhamdulillah mungkin dah rezeki ifah, i got A in sains komputer. Syukur sangat-2 ! pape pon syukran jiddan buat semua lecturer KMPP yang sudi ajar ifah dan student yang lain. Tanpa diaorang, mungkin kami tak kemana pon :) So, kat bawah ni ifah share gambar semakan result yang ifah buat. Jom tengok ! :)
**soryy, keputusan sebenar di-blur kan atas sebab-2 tertentu ^^
(sesape yang rasa nak check jugak, klik on picture )
So, time for ifah tok re-update my application tok kemasukan degree nanti. Doakan ifah dapat buat keputusan yang terbaik yer tok pilih course dan universiti yang sesuai dengan result ifah. wassalam~
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya." (Surah al-Baqarah: 216)
2 comments :
tahniah. :)
Tahniah dik. Pastu mitak sambung kat ner?
Post a Comment