Isu Syria : Tangisan 21 Ogos 2013 :'(

Allahuakhbar ! Allahuakhbar ! Allahuakhbar ! tanggal 21 Ogos 2013, kita telah dikejutkan lagi dengan kekejaman Assad terhadap ribuan rakyat Syria yang tak bersalah, dan kali ini mereka menggunakan senjata kimia sebagai taktik untuk menyerang saudara kita disana. Allahh, betapa kejamnya mereka. ibarat langsung tiada rasa kemanusiaan dan perasaan dalam diri. semoga darah para syuhada' dan ribuan umat islam yang tak bersalah menjadi laknat kepada mereka, tentera As-Sisi, aamiin ! ifah tak nak cakap banyak lagi, in sha Allah dibawah ni ifah kongsikan beberapa gambar yang ifah dapat dari laman sosial Facebook berkaitan isu ini. biar gambar berbicara :'(
Seorang ibu yang mencari jenazah anaknya di Irbeen, Syria selepas serangan menggunakan senjata kimia yang membunuh ribuan rakyat Syria yang tidak berdosa. (Pinggir Bandar Damsyik)

MAHU atau TIDAK , Ayah ini tetap redha menghantar anaknya ke syurga. Allah :'(

Assyahid termuda berusia 15 hari dalam pembunuhan beramai-ramai menggunakan senjata kimia oleh Assad. (Pinggir Bandar Damsyik)

serangan Assad menggunakan senjata kimia semalam memang disasarkan ke arah penempatan orang awam yang sebahagian besarnya terdiri dari wanita dan kanak-kanak.

1187 syahid direkodkan setakat hari ini ( 21 Ogos 2013)

Allah ! Allah ! Allah ! setakat ni dulu gambar dan sedikit info yang ifah mampu kongsikan buat tatapan sahabat semua. ambil lah ikhtibar dari apa yang terjadi. persiapkan lah diri kita dengan ilmu secukupnya untuk menghadapi ujian yang makin mencabar.  lastly, dalam setiap sujud terakhir kita dan doa, jangan lupa mendoakan para syuhada' dan pejuang islam yang terus-terusan berjihad fisabilillah. dan semoga jugak Allah melindungi saudara seislam kita yag tak berdosa disana, aamiin ! semakin kau bunuh saudara seislam kami, semakin kami bangkit ! Allahuakhbar !

No comments :