Ibrah Musafir

Salam sayang sahabat readers :-) in sha Allah, ifah doakan sahabat-sahabat yang baca entri ifah ni sihat-sihat semuanya ye, aamiin.

So, untuk entri kali ni ifah nak share dengan antum semua sedikit sebanyak ibrah yang ifah dapat sepanjang 'long-long' journey ifah minggu lepas. Jemput baca :-)

Bismillah,
Bermula 8/2/2016 malam, ifah bergerak dari Kelantan ke Perlis menaiki bas Shamisha dan alhamdulillah selamat sampai keesokan paginya even sebenarnya dalam banyak-banyak pilihan bas, for me Shamisha is the last choice because of a few solid reason. Nak tahu reason apa? in sha Allah, nanti ifah story okei, tu pon kalau ifah ingat laaa :-D

Back to my story, selamat jer tiba di Kangar pagi 9/2/2016, sahabat ifah datang ambil dari stesen bas terus ke MATIN? benda alah apa pulak MATIN ni kan? Haa, MATIN is stand for Maahad Tahfiz Imam Nawawi, tempat ifah menuntut ilmu. Kebetulan waktu tu MATIN lagi ada daurah, so kami terus gerak kesana. Selesai daurah tu semua, ifah dan sahabat terus balik ke rumah sewa kami untuk berehat.

Petang 9/2/2016, belum sempat hilang penat lagi, sahabat-sahabat ajak 'lepaking' kat Kuala Perlis pulakkk, as her last ronda-ronda area Perlis sebelum balik Selangor. Sebabnya 2 orang dari sahabat ifah tu dah tamat belajar kat UiTM Arau, so diaorang nak la ronda-ronda sebelum tinggalkan bumi 'tarbiyah' tu.

Here, ifah share sedikit kenangan kami 'lepaking' arau Kuala Perlis :)







Alhamdulillah, selesai lepak-lepak dan shopping sikit, kami terus gerak balik ke rumah sewa untuk berehat. Penat kott seharian jejalan, sampai gastrik ifah dibuatnyaa ;D

Keesokkan harinya bersamaan 10/2/2016 lebih kurang pukul10 pagi, kami 5 sekawan, mula bermusafir ke Selangor. Perjalanan ke sana ambil masa lebih kurang 10 jam jugak, tu termasuk berhenti untuk makan dan solat, plus jem jalan sikit-sikit.

Malam 10/2/2016, ifah menginap kat rumah sahabat di Puncak Alam dan tinggal disana selama 2 hari until 12/2/2016.

Pagi 12/2/2016, bermula ujian musafir buat ifah dan kak afirah bila kami yang sama-sama dah lama sangat tak naik KTM, tapi hari tu kami kena naik benda alah tu untuk ke Nilai sebab itu la satu-satunya transport yang memudahkan kami untuk pergi ke sana. So, disebabkan tak biasa naik KTM plus rasa nervous sikit-sikit, kami sempat jugak buat revision macam mana nak naik KTM tu semua, huhuhu. jangan main-main. Ingat time exam je ke kita kena buat revison :-P 

Dengan bantuan Kak Lin dan adik dia, sahabat yang ifah tumpang duduk kat rumah dia tu, diaorang hantar kami ke stesen KTM Kuang. Sampai sana, kami terus beli tiket KTM dari Kuang ke Nilai. Ni rupa tiketnya hah :-)


Sebelum terus ke Nilai, dari Kuang kami kena transit dulu kat Stesen KTM KL Central sebelum tukar naik next train untuk ke Nilai. 

Here, bermulalah ibrahnyaaa. Jengg jengg jengggg :-/

Seperti korang jugak *rasanya, disebabkan kita tak biasa dengan situasi tu, mesti kita terdetik sesuatu yang tak elok akan berlaku kan walaupun kita taknak pon fikir dan benda tu betul-betul terjadi, Nak dijadikan cerita, time otw dari Kuang ke KL Central tu, dalam train, tetiba ifah terdetik yang sweater yang ifah bawa akan jatuh dalam lubang KTM (lubang dari tempat menunggu, nak melangkah naik train)

Sampai je dekat KL Central, masa tunggu next train, ifah betulkan sweater yang ifah letak atas beg dan memang betul-betul yakin yang sweater tu takkan jatuh. Bila train dah sampai, dengan kesesakan orang time tu, tiba-tiba.................


" Ifahhhh!! " jerit kak afirah dari belakang.

Ifah toleh je belakang, then dia cakap, "Sweater awak dah jatuh dalam lubang tuuu"


Allahh, terkejut sangat time tu. Sempat intai-intai dalam lubang, kot masih ada peluang nak ambik balik sweater tu kan. Tapi sebab takot train nak mula gerak, kak afirah terus ajak ifah masuk train dan cari tempat duduk. Waktu tu takyah cakap la, memang rasa macam-macam. Sweater kesayangan kotttt, dah la dalam poket sweater tu ada sarung tangan kesayangan jugakkk :'(

Allahh, rasa nak je 'reverse' balik waktu 5 minit yang lepas. Keadaan dalam train jadi sunyi kejap, sebak jer dalam dada. Benda berlaku terlalu pantas :'(

Lepas tu, bila hati dan tenang sikit, baru teringat balik apa yang ifah terdetik sewaktu dalam train Kuang ke KL Central.

Allahhh, ianya berlaku sangat tepat. Allah dah bagi 'hint' sebelum kejadian tu betul-betul terjadi. Dan ibrah yang ifah boleh ambil, walaupun tadi ifah cakap ifah dah betul-betul yakin sweater tu takkan jatuh, tapi dengan izin dan kehendak Dia, benda tu tetap terjadi. Seperti Firman Allah,

“Kun Fayakun”
"kun (jadilah)", maka jadilah ia".
(QS. Yaasiin:82)

Tersenyum seketika.

Benarlah, semua benda yang kita ada hakikatnya adalah milik Dia dan hanyalah pinjaman sementara untuk kita. Kalau dia nak ambil balik sesuatu tu dari kita, tak lewat sesaat, ianya pasti akan pergi dari kita :')

Berbalik pada kisah musafir ifah, alhamdulillah ifah selamat tiba di Nilai lebih kurang pukul12 petang dan terus bergerak ke Masjid Kuarters KLIA untuk ikuti program GAMIS.

Kat sana, walaupun kami ahli baru, kami disambut dengan penuh kemesraan dan alhamdulillah, dapat kenal ramai sahabat baru. Walaupun waktu perkenalan ada yang tak sampai 24jam, tapi kami sangat sangat rapat macam dah kenal lama dan walaupun asalnya kami dari pelbagai kampus dan asal dari pelusuk negeri Malaysia. Disitu ifah boleh katakan nikmat manisnya ukhuwah kerana Dia :-)

Program tu berlangsung selama 2 hari bermula 12/2/2016 hingga 13/2/2016. Selain berprogram 'formal', kami sempat jugak adakan 'bulatan cinta' untuk eratkan ukhuwah antara kami disamping sebagai 'makanan rohani'. Yela, kalau boleh kami taknak la ukhuwah kami terhenti hingga program tu je kan.


Alhamdulillah, petang 13/2/2016, program kami selesai. Ifah dan kak afirah terus bergerak ke dataran Nilai sebab malam tu kami akan naik bas untuk pulang ke rumah.

Pagi 14/2/2016, alhamdulillah ifah selamat tiba di rumah di Kota Bharu. Penat? Memang sangat penat dengan perjalanan musafir yang panjang, dengan sweater hilang lagi kan tapi alhamdulillah, rasa 'seronok' tu lebih mengatasi. 

Alhamdulillah ya Allah, diberi peluang untuk merasai semua ni. 
Moga diberi kesempatan lagi untuk rasa musafir seperti ini, in sha Allah.

Ok la, here panjang lebar my 'Ibrah Musafir'. Moga antum dapat sedikit sebanyak input dan terima kasih sebab sudi baca. 

Jumpa lagi dalam next entri, in sha Allah. Baii baiii, assalamualaikum :-)

Jom 'CCleaner' Our Blog

Haiii gaiss, salam mahabbah. Macam biasa, jangan lupa jawab salam ifah kat atas tu dulu ye, dosa tau kalau tak jawabbbb *muka garang huhuhu, takde la, tak wajib pon jawab salam yang tak dilafaz dengan ucapan cuma kalau nak jawab pon takde masalah ;-) 

So, here we go. Antum nampak gambar besar gedabak kat bawah ni? *kalau tak nampak, jodoh lari :P
.
.
.
v


Haa, cuba teka gambar apa tu? Yang 'faqih' bab-bab IT, komfem-komfem tengok sebelah mata pun dah tahu gambar apa tu kan. Tapi bagi sahabat yang tak tahu, gambar kat atas ni adalah logo CCleaner.

Now, nak tanya lagi. Sahabat semua tahu tak CCleaner ni fungsi dia untuk apa?
Tak tahu? In sha Allah serahkan kepada pakar network ni explain *cewahh, takde kena mengena dengan netwok ponnn

Ok, untuk pengetahuan antum, CCleaner ni salah satu software yang raaaaamaiii pengguna gadget guna untuk 'meringan'kan gadget diaorang. Dengan erti kata lain, CCleaner ni fungsi dia untuk clean-kan semuaa 'sampah sarat mengandung' yang membuatkan gadget kita selalu hang dan berat. Fahimtum? 

Jadi, apa kaitan CCleaner dengan blog pulak? Haa, sabar sabar. Ini la yang ifah nak kongsikan dengan antum semua :-)

Sebelum tu, jom kita tengok posts blog masing-masing. Sejak join dunia blog ni, dah berapa banyak post yang dah kita 'publish'. Macam ifah sendiri, since dah masuk 4 tahun join dunia 'maya' ni, about 300++ post yang dah ifah 'publish'. Dan dalam setiap post pulak wajib paling kurang ada satu gambar, huhuhu.

Jadi, sekarang ifah nak ajak antum 'muhasabah' dengan ifah *get ready dengan tisu disebelah 
Rasa-rasa antum, dalam banyak-banyak post yang di 'publish', ada tak yang tak menepati syariat Allah? Maksud ifah yang melanggar perintah Allah. Nak contoh? Sini ifah bagi contoh, ifah bagi dalam list supaya senang faham ok. Contohnya :


1. Post yang mengaibkan diri sendiri & orang lain
2. Post yang mengutuk diri sendiri & orang lain
3. Gambar yang tak tutup aurat *highlight sebab major mistake
4. Dll


Ada tak? Ada tak? Kalau nak tahu, itu yang dimaksudkan 'sampah sarat mengandung' dalam blog kita. Yang patut kita 'clean'kan cepat-cepat sebelum terlambat. Kenapa ifah cakap terlambat? Sebab sedar tak kita boleh 'pergi' bila-bila masa je dari sekarang :')


كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ
Artinya: Semua yang bernyawa pasti mengalami mati. (QS.21:128)

Sifat sampah itu seperti yang kita tahu akan memberi 'kekotoran' kepada kita. Dan kekotoran yang dimaksudkan itu adalah dosa. Andai kata esok kita dah tak ada kat dunia ni lagi, kita nak ke sampah tu ikut kita sekali? 

Sampah yang akan terus menerus 'ikut' kita selagimana ada yang melihat, membaca dan menyebarkan sampah tersebut. Dengan erti kata lain, selagi blog kita ni masih wujud dan mampu dibaca oleh orang lain. Masa tu menangis air mata darah sekalipun dah tak guna, sebab kita dah tak boleh nak kembali ke dunia 'sementara' ni lagi.

Akhir kalam untuk entri kali ni, ifah nak seru diri ifah dan sahabat bloggers, jom kita 'CCleaner' blog kita dari perkara-perkara yang akan bagi impak negatif kepada kita dikemudian hari dan ganti dengan perkara yang memberi manfaat kepada kita dan orang lain. Supaya bukan 'sampah' yang akan ikut kita nanti sebaliknya 'wangian' pahala yang kita terima :-)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.


Semoga tinta ifah kali ni memberi manfaat sedikit sebanyak buat antum, sahabat yang disayangi.
Lupa ye? Kita kan nak masuk syurga sama-sama :-)
Till we meet again gaiss.