
Sharing is Caring #Part 3

9 Jenis Sedekah

haii semua sahabat readers! alhamdulillah, untuk entri kali nih ifah nak share sedikit ilmu tentang sedekah. haaa, kalau sebut pasal sedekah mesti semua terus terbayangkan wang ringgitkan. mind set korang salah tuhh, ehehe. kalau korang survey kat pakcik google, banyak hadis Rasulullah SAW menjelaskan tentang jenis sedekah yang begitu meluas, tidak hanya bersyaratkan wang ringgit. in sha Allah dibawah ni, ifah listkan antara jenis sedeah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW. jemput baca yerr :)
1. Tasbih, Tahlil dan Tahmid
Rasulullah SAW, menggambarkan pada awal penjelasannya tentang sedekah bahawa setiap tasbih, tahlil dan tahmid adalah sedekah. Oleh kerana itu mereka ‘diminta’ untuk memperbanyak tasbih, tahlil dan tahmid, atau bahkan dzikir-dzikir lainnya. Kerana semua dzikir tersebut akan bernilai ibadah di sisi Allah SWT. Dalam riwayat lain digambarkan:
Dari Aisyah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Bahawasanya diciptakan dari setiap anak cucu Adam tiga ratus enam puluh persendian. Maka barang siapa yang bertakbir, bertahmid, bertasbih, beristighfar, menyingkirkan batu, duri atau tulang dari jalan, amar ma’ruf nahi mungkar, maka akan dihitung sejumlah tiga ratus enam puluh persendian. Dan ia sedang berjalan pada hari itu, sedangkan ia dibebaskan dirinya dari api neraka.” (HR. Muslim)
2. Amar Ma’ruf Nahi Mungkar
Setelah disebutkan bahwa dzikir merupakan sedekah, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa amar ma’ruf nahi mungkar juga merupakan sedekah. Kerana untuk merealisasikan amar ma’ruf nahi mungkar, seseorang perlu mengeluarkan tenaga, pikiran, waktu, dan perasaannya. Dan semua hal tersebut terhitung sebagai sedekah. Bahkan jika dihayati secara mendalam, umat ini mendapat gelaran ‘khairu ummah’, karena memiliki misi amar ma’ruf nahi mungkar.
Dalam sebuah ayat-Nya Allah swt. berfirman:“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” [QS. Ali Imran (3): 110]
3. Hubungan Intim Suami Istri
Hadis diatas menggambarkan bahawa hubungan suami istri merupakan sedekah. Satu pandangan yang cukup asing di telinga para sahabatnya, hingga mereka bertanya, “Apakah salah seorang diantara kami melampiaskan syahwatnya dan dia mendapatkan sedekah?” Kemudian dengan bijak Rasulullah SAW menjawab, “Apa pendapatmu jika ia melampiaskannya pada tempat yang haram, apakah dia mendapatkan dosa? Maka demikian pula jika ia melampiaskannya pada yang halal, ia akan mendapat pahala.” Di sinilah para sahabat baru menyedari bahawa makna sedekah sangatlah luas. Bahawa segala bentuk aktiviti yang dilakukan seorang insan, dan diniatkan ikhlas karena Allah, serta tidak melanggar syariah-Nya, maka itu akan terhitung sebagai sedekah.
4. Bekerja dan memberi nafkah pada sanak saudara
Hal ini sebagaimana diungkapkan dalam sebuah hadits: Dari Al-Miqdan bin Ma’dikarib Al-Zubaidi ra, dari Rasulullah saw. berkata, “Tidaklah ada satu pekerjaan yang paling mulia yang dilakukan oleh seseorang daripada pekerjaan yang dilakukan dari tangannya sendiri. Dan tidaklah seseorang menafkahkan hartanya terhadap diri, keluarga, anak dan pembantunya melainkan akan menjadi sedekah.” (HR. Ibnu Majah)
5. Membantu urusan orang lain
Dari Abdillah bin Qais bin Salim Al-Madani, dari Nabi Muhammad SAW bersabda, “Setiap muslim harus bersedekah.” Salah seorang sahabat bertanya, “Bagaimana pendapatmu, wahai Rasulullah, jika ia tidak mendapatkan (harta yang dapat disedekahkan)?” Rasulullah SAW bersabda, “Bekerja dengan tangannya sendiri kemudian ia memanfaatkannya untuk dirinya dan bersedekah.” Salah seorang sahabat bertanya, “Bagaimana jika ia tidak mampu, wahai Rasulullah SAW?” Beliau bersabda, “Menolong orang yang membutuhkan lagi teranaiaya.” Salah seorang sahabat bertanya, “Bagaimana jika ia tidak mampu, wahai Rasulullah SAW?” Beliau menjawab, “Mengajak pada yang ma’ruf atau kebaikan.” Salah seorang sahabat bertanya, “Bagaimana jika ia tidak mampu, wahai Rasulullah SAW?” Beliau menjawab, “Menahan diri dari perbuatan buruk, itu merupakan sedekah.” (HR. Muslim)
6. Mendamaikan dua orang yang berselisih
Dalam sebuah hadis digambarkan oleh Rasulullah saw.: Dari Abu Hurairah r.a. berkata, bahwasanya Rasulullah SAW. bersabda, “Setiap ruang-ruang persendian setiap insan adalah sedekah. Setiap hari di mana matahari terbit adalah sedekah, mendamaikan di antara manusia (yang berselisih adalah sedekah).” (HR. Bukhari)
7. Menjenguk orang sakit
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: Dari Abu Ubaidah bin Jarrah RA berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda, “Barangsiapa yang menginfakkan kelebihan hartanya di jalan Allah SWT, maka Allah akan melipatgandakannya dengan tujuh ratus (kali lipat). Dan barangsiapa yang berinfak untuk dirinya dan keluarganya, atau menjenguk orang sakit, atau menyingkirkan duri, maka mendapatkan kebaikan dan kebaikan dengan sepuluh kali lipatnya. Puasa itu tameng selama ia tidak merosaknya. Dan barangsiapa yang Allah uji dengan satu ujian pada fisiknya, maka itu akan menjadi penggugur (dosa-dosanya).” (HR. Ahmad)
8. Berwajah manis atau memberikan senyuman
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: Dari Abu Dzar r.a. berkata, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kalian menganggap remeh satu kebaikan pun. Jika ia tidak mendapatkannya, maka hendaklah ia ketika menemui saudaranya, ia menemuinya dengan wajah ramah, dan jika engkau membeli daging, atau memasak dengan periuk/kuali, maka perbanyaklah kuahnya dan berikanlah pada tetanggamu dari padanya.” (HR. Turmudzi)
9. Berlumba-lumba dalam amalan sehari-hari (baca: yaumiyah)
Dalam sebuah riwayat digambarkan: Dari Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Siapakah di antara kalian yang pagi ini berpuasa?” Abu Bakar menjawab, “Saya, wahai Rasulullah.” Rasulullah saw. bersabda, “Siapakah hari ini yang mengantarkan jenazah orang yang meninggal?” Abu Bakar menjawab, “Saya, wahai Rasulullah.” Rasulullah saw. bertanya, “Siapakah di antara kalian yang hari ini memberikan makan pada orang miskin?” Abu Bakar menjawab, “Saya, wahai Rasulullah.” Rasulullah saw. bertanya kembali, “Siapakah di antara kalian yang hari ini telah menengok orang sakit?” Abu Bakar menjawab, “Saya, wahai Rasulullah.” Kemudian Rasulullah saw. bersabda, “Tidaklah semua amal di atas terkumpul dalam diri seseorang melainkan ia akan masuk surga.” (HR. Bukhari)
haaa, see ! sedekah bukan hanya bergantung pada wang ringgitkan. benda yang simple seperti senyum pon merupakan sedekah, betapa ALLAH itu MAHA PEMURAH kan. so, apa tunggu lagi. jom perbanyakkan sedekah dalam kehidupan seharian kita. wassalam :)
The Result is ....

Adam AF dan Fiza Elite selamat akad nikah ! ❤

POWER insan bergelar ibu :')

PRO dan KONTRA

PRO
- Universiti pilihan utama
- Pilihan famili
- Suasana yang lebih islamik
- Boleh belajar Bahasa Syurga, bahasa arab
- Peluang tok jadi Pendakwah, Ustazah lebih cerah
KONTRA
- Yuran membelajaran agak tinggi
- Belum tentu dapat tukar kos
- Pengajian selama 4 tahun
- Kos yang dapat, agak tough *kalau xdapat tukar kos
- Sedikit ketinggalan dalam stadi dan aktiviti lain
PRO
- Yuran rendah
- Kos yang skop kerjaya yang luas - in sha Allah
- Lecturer mostly sporting
- UiTM akan lebihkan student sendiri untuk pilih sebagai pekerja
- Pengajian selama 3 1/2 tahun
- Dah melibatkan diri dalam usrah, aktiviti U
KONTRA
- Maybe more sosial compared tu USIM
- Universiti low standard? *yang ni xkesah sgt
alhamdulillah, setakat nih tu jer list Pro dan Kontra kedua-dua U yang sempat ifah listkan. kalau ada yang lain, in sha Allah akan diupdate kemudian. kalau korang ada pendapat lain or nak kongsi pengalaman, dipersilakan yerr. wassalam :)
UiTM vs USIM o.O

alkisahnya bermula *chewahh ayatt, tak leh belah :D bila dah lama tak update entri, gini la gamaknya, excited lebih. atototoo *-* okei la, straight to the point. in sha Allah, entri kali nih ifah nak share dengan korang DILEMA yang ifah tengah hadapi sekarang. DILEMA apa? haaa, meh la nak cerita nih.
alhamdulillah, hari khamis baru-baru nih ifah dapat panggilan dari pihak Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) tok mengemaskini balik borang rayuan yang dah ifah hantar. so, dengan sedikit rajin, dah settle masalah tu semua, ifah try check balik result rayuan kat page USIM, tup-tup keluar noti cakap 'maaf sukacita dimaklumkan anda tidak ditawarkan, blablabla' okei kira ifah pasrah jela kat situ, tak ada rezeki kot nak belajar kat sana lagipon memang dah jatuh hati kat kos di UiTM nih, kos networking ^_^
nak dijadikan cerita, hari jumaat(semalam) ifah dapat panggilan sekali lagi dari pihak USIM yang menyatakan ifah dah ditawarkan tok sambung degree kat sana. hah? apakah? check semalam(hari khamis) tak dapat pon. okeii tak apa, try check sekali lagi dah hasilnya, here !!
Sharing is Caring #Part 2

KELEBIHAN M-MATHURAT
- boleh dibaca dimana sahaja dan bila-bila masa **wanita ma'zurah juga boleh baca
- free of charge
- boleh memainkan suara yang dialunkan oleh Ustaz Don Daniyal
- ada terjemahan bagi setiap zikir
- ada fadhilat zikir
alhamdulillah, tu sedikit sebanyak kelebihan aplikasi m-mathurat yang cuba ifah ketengahkan. selebihnya, kalau nak tahu, try la download dulu aplikasi ni yerr ;D ifah berani jamin, korang tak akan nyesal punya la. tu pon kalau korang cuba menggunakan aplikasi ni sebaik mungkin. sesama lah kita mencari MARDHOTILLAH, in sha Allah. oh ye, sebelum ifah terlupa, tok info yang lebih lanjut, korang boleh skodeng laman web m-mathurat yang dibina khas oleh admin aplikasi ini sendiri, KLIK SINI. selamat men-download ! wassalam~ ;-)
Tutorial : Scroll Bar Berwarna

- Dashboard > Template > Edit HTML
- Sentak Ctrl+F atau kepada yang over rajin macam ifah, tekan jer F3 kat atas bahagian keyboard
- Cari kod dibawah ni
]]></b:skin>
- Dah jumpa? copy kod dibawah ni pulak
::-webkit-scrollbar {
height:12px;width: 12px;background: #ffffff;}::-webkit-scrollbar-thumb {background-color: #ff3399;-moz-border-radius: 10px;border-radius: 10px;border: 1px solid #ffffff;}
- Paste-kan kod tadi DI ATAS kod ]]></b:skin>
- Siap paste, preview template. Dah puas hati, boleh klik SAVE template and DONE ! ;D
NOTE !
Kod biru = warna background scroll korang
Kod ungu = warna scroll blog korang
Untuk pilihan kod warna, boleh KLIK SINI. Selamat mencuba :)
END of MDS :)

berpakaian rasmi with tudung UiTM sempena Majlis Perasmian di Dewan Seri Semarak
heart u my dearest rumate ! ;D
snap sebelum Majlis Perasmian bermula ;D
Pemenang Segmen : Pencarian Bloglist SETAHUN by ifah dafila

sebelum ifah umumkan pemenang Segmen : Pencarian Bloglist SETAHUN by ifah dafila, ifah mohon ribuan maaf atas kelewatan mengumumkan pemenang atas sebab-sebab tertentu. so, tak nak cakap panjang lagi, pemenang ialah :
TOP REFERRAL :
RANDOM :
semua peserta yang menyertai :)
kepada pemenang TOP REFERRAL, sila pm ifah butiran berikut DI SINI, terima kasih :)nama :url entry :alamat rumah :no fone :
Tutorial : Effect Pada Gambar (membesar bila di-cursor)

- Dashbord > Template > Edit Template
- Tekan Ctrl + F atau F3 button.
- Cari kod dibawah
<head>
- Dah jumpa? copy kod dibawah ini pula
<style> .post img:hover { -o-transition: all 0.3s; -moz-transition: all 0.3s; -webkit-transition: all 0.3s; -moz-transform: scale(1.2); -o-transform: scale(1.2); -webkit-transform: scale(1.2); } </style>
- Paste-kan kod tadi DI BAWAH kod <head>
- Siap? ok jom, kita try preview template dulu. jadi tak? kalau menjadi, tepuk tangan sikit tok diri sendiri, yeaahhh ! you did it ! DONE ;)
UiTM Perlis, here i am ! :)
