HAPPY TURNING 20 to me !!

Allahumma solli ala sayyidina Muhammad
Allahumma solli ala sayyidina Muhammad
Allahumma solli ala sayyidina Muhammad


bismillahirrohmanirrahim,
Subhanallah,
Alhamdulillah, 
Allahuakhbar

semalam, 28 Mei 2014 ifah officially turns 20 tahun. Allahu ya Allah, anak bongsu mama ayah dah besar laaa, umur dah masuk angka 2. rasa macam tak percaya dan  tak nak percaya pon ada ==' Allahh, but always keep remember ifahh! meningkatnya usia kita saban hari bukan bermaksud kita makin bebas, makin berkuasa tapi maksudnya amanah, tanggungjawab yang bakal kita pikul saban hari makin besar dan mencabar dan itu yang patut diri kita risaukan. 
Meningkatnya usia jugak bermaksud kita makin menghampiri detik kematian kita. Kematian yang kita sendiri tak sedar bila ia datang menjemput, tapi yang pasti semua akan menghadapinya, yang berbeza hanya cepat atau lambat jer. Seperti firman Allah SWT :
“Kullu Nafsin Dzaiqotul Maut” (21:35)
Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.

Allahhh, mood happy bertukar jadi sedih pulak yer. asiff asiff ya asdiqo'i :') okei la, back to our topic todayy!! first of all, honestly ifah cakap, bufdei kali ni ialah bufdei yang paling paling paling gembira dan bermakna buat ifah. i dont know why, but itu yang ifah rasa. 

Alhamdulillah ya Allah, Engkau pinjamkan seketika rahmat-Mu buat hamba yang serba kerdil ni. today, masuk hari ke dua ifah melangkah ke dunia 20-an, and alhamdulillah i still feel very very happy. rasa macam disambut masuk ke 1 alam baharu, dengan sambutan yang super duper grand dari sahabat sekeliling, alhamdulillah *okei ifah over =='

Apa-apa pun syukran jiddan jiddan jiddan buat keluarga, sahabat-sahabat fillah, saudara mara, sepupu sepapak dan semua lah yang wish bufdei ifah walaupon ada yang baru wish hari ni kan *mata menjelinggg, tangan dipinggang :p

tapi tak kesah la lambat ke cepat ke, yang penting ifah terharu dan hargai sesangat sebab korang wish bufdei ifah. so as a bufdei girl la katakan, ifah nak mintak hadiah boleh?? hadiah tak mahal pon, just nak mintak hadiah doa dari kalian semua, always remember me in your doa taoo ;) doakan ifah mampu istiqomah menjadi muslimah solehah, berjaya fil dunya wal akhirah and one more thing, dapat jodoh yang soleh, ahahaha *okei, boleh abaikan yg last tu ;D 

okei la, setakat ni je dulu 'nyerongeng' (bab kata prof math) tok entri kali ni, ifah tinggalkan korang dengan sedikit kenangan from my asdiqo'i(sahabat-sahabat) sempena bufdei ifah yang ke-20 kali ni. selamat menjamu mata dan selamat malam semuaa ! assiff ala kulli hal, wassalam~ ;)

**delicious and lovely choc cake from kak farah. honestly, tak sangka sangat akan dapat bufdei kek, but rezeki, sape boleh jangka kann ^_^ syukran jiddan kak farah sebab belanja kek ni. like it alottt !! ;D **


**special present from special person, eheheh ^_^ alhamdulillah dapat tudung mesir dari kak farah and super duper cute and wangi tasbih form IMD. Allahhh, syukran jiddan-jiddan kalian. in sha Allah, semoga pahala sentiasa mengalir buat kalian, aamiin ;D **


By @suhailawati94 "Assalamualaikum latifah..ana nak ucap sanah helwah ya ukhti gamila...enti dah 20, ana belum lagi..
Ana doakan enti panjang umur, murah rezeki, diberi suami teruna yang soleh, semoga enti berjaya dengan najjah kejayaan yang sebenar iaitu terselamat daripada api neraka, semakin bertambah usia, bukan bermaksud kita cukup 'makan garam' tapi lebih sebagai peringatan dan hadiah yang Allah bagi dkat enti supaya lebih ingat Allah dan juga bermaksud masa enti dengan kematian sangat hampir ^^v..sahabat yang baik ialah sahabat yang bila dekat dengan dia mampu mengingatkan enti dengan Allah dan Rasul..jadi ana nak jadi sahabat enti yang macam tu..jadi jgn lupa Allah dan Rasul, syukran untuk kenangan di bumi tarbiah ana..KMPP 12/13 rindu enti, rindu kita gelak guling2 dalam bilik..semua kenangan..enti jangan nangis tau baca ni,  enti sahabat yang sangat baik utk ana..jaga Hati, Jaga Diri, jaga Iman..SEMOGA ALLAH BERKATI SAHABAT ANA SI LATIFAH SENGET NI, hihi DAN SEMOGA ALLAH SENTIASA BERSAMA ENTI WALAU DIMANA PUN ENTI ADA..HIHI

7.56pm(daylight saving) waktu egypt.. Enti dah tidur dah ni..
Tiba2 rumah blackout ana..
Wassala" via @PhotoRepost_app
** Allahu ya Allah, kejutan khas dari Mesir from my beloved sahabat fillah a.k.a sahabat matrik, sue ! really really unexpected. thanks alot sayang for all thiss, sesangatt terharu n hargai. may Allah bless u always and moga juga ukhwah kita kekal till jannah, in sha Allah. **


By @niniedhirah "Sayang !
Sorry lambat wish !
Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran yg ke-20 Ifah !
Semoga dilindungi ALLAH S.W.T & stay beauty syg !
Hehe.. Thanks, untuk perkenalan dari zaman Pra-Sekolah (2000) sampai sekarang.. Semua sama, "Sama Anak Bongsu" "Sama Kelas" " Sama Anak Cikgu SKSPM" " tapi tak sama, Ifah Kecik, Biey besar.. Hahahaha.. , 14 years and still counting, In Shaa ALLAH ! Biey syg Ifah ! @ifahdafila" via @PhotoRepost_app

**and for the last one, kejutan dari sahabat since tadika till now. Allahh, terima kasih biey atas ucapan yang cukup-cukup bermakna. really really appreciate this ! Thanks for your doa, uhibbuki fillah aidhon syg. moga ukhwah kita diredhai-Nya and kekal till jannah okeii ^_^ **

Si Tukang Kasut Mendapat Haji Mabrur

Allahumma solli ala sayyidina Muhammad
Allahumma solli ala sayyidina Muhammad
Allahumma solli ala sayyidina Muhammad


KISAH SEORANG TUKANG KASUT YANG MENDAPAT PAHALA HAJI MABRUR DENGAN TANPA PERGI KE MEKAH

Seorang ulamak yang juga ahli sufi terkenal iaitu Hasan Al-Basri, dalam suatu perjalanan pada suatu musim haji, telah berhenti rehat lalu tertidur.

Semasa tertidur itu, beliau telah bermimpi tentang perbualan di antara dua Malaikat.
Berkatalah Malaikat pertama, “Sungguh ramai sekali orang menunaikan ibadah haji pada tahun ini.”

Kata Malaikat kedua, “Yalah, tahun inilah paling ramai sekali orang menunaikan ibadah haji iaitu 700,000 orang.”
Kata Malaikat yang pertama, “Tahukah kamu berapa orangkah yang mendapat Haji Mabrur?”

Kata Malaikat yang kedua, “Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.”

Berkata lagi Malaikat yang pertama, “Tidak seorang pun dari jemaah tersebut yang mendapat Haji Mabrur. Tahukah kamu mengapakah tidak ada seorang pun dari jemaah tersebut layak mendapat Haji Mabrur?”

“Tidak!” Jawab Malaikat yang kedua.

Lalu Malaikat yang pertama memberitahu, “Mereka tidak layak mendapat Haji Mabrur kerana ada yang menunaikan ibadah haji sedangkan kewajipan tanggungannya dalam kekurangan diabaikannya;
Ada di antara mereka menunaikan ibadah haji sedangkan jirannya yang berada dalam serba kekurangan tidak dihiraukannya;

Ada pula antara mereka menunaikan ibadah haji untuk kali yang kedua dan ketiga untuk menunjuk-nunjuk sedangkan masih ramai lagi orang lain yang tersangat ingin untuk menunaikan ibadah haji tetapi tidak dipedulikannya.

Akan tetapi ada seorang hamba Allah yang bernama Zaid seorang tukang kasut yang tinggal di kota Damsyik yang mendapat pahala Haji Mabrur.”

Tatkala itu Hasan Al-Basri terjaga dari tidurnya dan masih teringat-ingat akan mimpinya.

Beliau merasakan mimpinya itu adalah amat benar belaka lalu mengambil keputusan pergi ke Kota Damsyik untuk mencari Tukang Kasut tersebut. Setelah berada di Kota Damsyik, maka Hasan Al-Basri telah berjaya bertemu seorang tukang kasut yang bernama Zaid.

Beliau tidak tahu bagaimana hendak memulakan soalan dan akhirnya mengambil keputusan menceritakan perihal mimpinya itu.

Lalu berkatalah si Tukang Kasut.
“Sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu, saya tersangatlah rindu hendak mengunjungi Kota Makkah. 
Maka sejak dari itulah saya mula menabung sebahagian dari duit upah sebagai seorang tukang kasut. 
Maka pada tahun ini cukup sudah duit tabungan tersebut untuk saya menunaikan fardhu haji.

Tetapi pada tahun ini juga isteri saya sedang hamil dan akan melahirkan anak.
Isteri saya telah mengidam hendak memakan apa yang dihidunya dan meminta saya mendapatkan untuknya.

Maka saya mendapati bau tersebut datangnya hasil masakan dari rumah yang serba kedaifan milik seorang Ibu Tunggal yang menyara enam orang anak.
Kemudian saya menceritakan hasrat isteri saya mengidam hendak memakan masakannya.

Lalu berkatalah Ibu Tunggal tersebut, masakan ini haram bagi kamu tetapi halal bagi kami.
Saya tetap menyatakan hasrat untuk membelinya walau dengan berapa harga sekali pun.

Lalu berkata lagi si Ibu Tunggal tersebut, makanan ini haram bagi kamu tetapi halal bagi kami.
Kemudian diceritakannya masakan yang baunya harum semerbak itu adalah bangkai dari seekor keldai.
Kami terpaksa memakannya agar kami tidak akan mati kebuluran.

Lalu saya dengan berlinangan air mata, saya kembali ke rumah lalu menceritakannya kepada isteri saya.

Setelah mendengarnya isteri saya juga menitiskan air mata dan kami mengambil keputusan memberi kesemua wang simpanan saya itu kepada Ibu Tunggal tersebut. Itulah apa yang dapat saya beritahu tuan.” 

Kata si Tukang Kasut kepada Hasan Al-Basri mengakhiri ceritanya.


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar ! Sungguh mulia hati si tukang kasut tu, sanggup sedekahkan kesemua wang simpanan yang dikumpul berpuluh-puluh tahun untuk menunaikan ibadah haji kepada si ibu tunggal. Agak-agak kalau kita di situasi si tukang kasut tu, kita akan bagi atau tak?? Allahuu ya Allah, tak perlu fikir jejauh sahabat sayangg, duit pinjamin PTPTN atau duit PAMA(papa mama) yang kita terima saban hari, saban sem tuh pernah tak kita sedekahkan kepada yang memerlukan? tepuk dada tanya iman -_-

perkongsian terakhir, 
'Ada kalanya kita tak sedar bahawasanya sebahagian dari rezeki yang kita punya itu sebenarnya adalah milik orang lain'