Jom Sertai Group GEMA (Muslimat ONLY)

Subhanallah ! Alhamdulillah ! Allahuakhbar !

Syukur kepada-Nya, hari ni sedar tak sedar masuk hari ke-4 ifah sertai group GEMA. Group yang sangat sangat dan sangat memberi impak positif dalam diri ifah dan ahli group yang lain. Here, ifah nak kongsikan dengan semua apa itu GEMA dan apa fungsi group ni. Lets check it out !



apa itu GEMA??

GEMA ialah singkatan bagi Generasi Memartabatkan Al-Quran.

Tujuan group ini ditubuhkan untuk khatam Al-Quran secara berjemaah setiap hari. In sha Allah juga, melalui kaedah ni tak mustahil untuk setiap ahli mampu untuk khatam Al-Quran personal dalam masa 30 ( tak termasuk tempoh ma'zuroh). Tapi bukan setakat khatam jer yang kita nak, biarlah sering dengan pemahaman isi kandungan Al-Quran itu sendiri, in sha Allah.  

Untuk pembahagian ahli pula, setiap group terdiri daripada 30 orang ahli dan setiap ahli akan dibahagikan satu juzuk yang berbeza untuk dibaca dan untuk hari seterusnya akan ada rotation juzuk. Alhamdulillah untuk pengetahuan sahabat tersayang, setakat nih kami berjaya bentuk 4 group kecil dan berharap makin ramai muslimat yang dapat dan mahu join group ini. Dan semakin ramai yang join, semakin erat dan bertambah ukhwah kita :)

Ayuh sayangg semua ! manfaatkan peluang ni, tunjukkan komitmen dan istiqomah kita terhadap Islam. Grap peluang ini cepat-cepat. Promosi terhebat untuk saham kita di akhirat. Jom sesama hidupkan kembali sunnah dalam kehidupan seharian. Gilapkan kembali cahaya Al-Quran di hati. Moga kita antara insan yang terpilih untuk sertai group ilmu sebegini.

Dibawah ni ifah kongsikan sedikit kreativiti yang di-create khas oleh ahli GEMA untuk group ini.



haaa amacam?? menarik dan kreatif kan diaorang ni. In progress, kami sedang menyiapkan logo untuk group GEMA dan in sha Allah pelbagai aktiviti menarik lagi akan dikongsi bersama. so, apa tunggu lagi. jom laju-laju join group ni ! moga Allah permudah dan berkati usaha kita dalam mencari redha-Nya, aamiin ! :)

kepada yang berminat, boleh pm ifah DI SINI.
"Bacalah Al-Quran , sesungguhnya ia akan datang di hari khiamat sebagai syafaat kepada pembacanya .." {HR : Muslim}

Rinduku Saat Subuh Menyapa :')

kkrriiiinggg ! kkriiinggg ! kkrriiiinggg ! jam loceng mula bernyanyi menandakan pukul 5 pagi.

ikutkan nafsu, tutupkan ajer jam itu dan sambung tidur kembali tapiiii....

entah datang dari mana timbul bicara berbisik, 'aku kena bangkit ! aku dah berniat semalam ! bangkit ! bangkit !'

mata mula dibuka. kaki mula mengatur langkah dari selimut menuju ke pintu dan disarungkan selipar dijejari kaki.

kalau bukan kerna fikiran yang masih dalam awangan, dengan situasi sekitar yang sangat sunyi dan dingin, semestinya naluri akan menghalang kaki dari melangkah seorang diri untuk mengambil wudhuk. tapi alhamdulillah, bukan itu yang terjadi tika tuh.

suasa diam dan sepi dalam bilik, dengan bertemankan lampu meja risau roomates akan terganggu, lantas tangan mencapai sejadah dan dihampar mengadap kiblat, kain sembahyang mula dipakai dengan rapi. alhamdulillah, Allah kurniakan kudrat saat itu untuk bersujud menemui-Nya.

selesai menunaikan sunnah, kerna berbakikan beberapa minit sebelum masuknya waktu solat subuh, hati mula terdetik untuk membaca al-mathurat. tanpa berlengah, tangan mencapai naskhah al-mathurat yang tersimpan rapi dalam laci. naskhah yang masih ku ingat, dihadiahkan oleh seorang ustaz saat dibangku tingkatan satu :')

dengan izin-Nya, alhamdulillah oleh kerana sudah terbiasa dengan peraturan asrama tika dibangku sekolah yang mewajibkan al-mathurat dibaca setiap petang, hati sudah terpaut dengan ayat-ayat suci dalam al-mathurat dan terusan menjadi hafalan dibibir mulut.

dimulakan bacaan al-mathurat dengan ummul kitab al-fatihah, sambil mata mula membelek maksudnya dan ditafsirkan didalam hati. selesai membaca ummul kitab, diteruskan lagi bacaan dengan surah-surah dan ayat-ayat suci yang seterusnya sambil mata terus meneliti maksud yang terkandung.

tiba satu detik yang bagiku tenang seluruh alam, hati bagai ada yang mengusik. mata mula berkaca, subhanallah ! apakah petandanya semua ini? diteruskan bacaan tanpa sebarang gangguan. 

 Subhanallah !Alhamdulillah ! Allahuakhbar ! tidak semena-mena, dipertengahan al-mathurat dibaca, airmata turun mencurah-curah. hati tenang tapi sebak, bagai ada suatu perasaan yang aneh hadir dalam diri. Allahhh, saat itu, tika itu terdetik terbayang segala dosa-dosa yang pernah aku buat selama ini. 

ya Rabbi, hinanya aku dimata-Mu. alphanya aku selama ini ya Rabb. siapakah aku dimata-Mu? jika diperlihat segala amalanku, dosaku nescaya mungkin dosa yang berat menggunung. Allahurabbiiii :'(

selesai mengamati seluruh ayat suci yang terkandung, airmata masih laju mengalir, menangis ku teresak-esak dalam kegelapan yang hanya tertemankan cahaya malam. tapi bukan kegelapan disebalik cahaya malam yang ku risaukan tika itu, tapi sebaliknya cahaya imanku, Allahuu ya Allahh :'(

ya Allah Rabbul Izzati, sungguh ku merindui-Mu, sungguh aku merasakan lemah dihadapan-Mu. sungguh aku malu berhadapan dengan-Mu. ampuni aku ya Rabb, ampuni dosaku yang telah lalu. dosa aku sebagai hamba-Mu yang alpha tentang hakikat kewujudan aku dimuka bumi ini. Allahh, ku tersungkur dilembah kehinaan yang aku bina sendiri, berikan aku kekuatan untuk kembali bangkit demi rahmat dan inayah-Mu ya Allah. airmata terus terusan mencurah. al-mathurat dipeluk seeratnya.

satu tika azan subuh mula berkumandang, dan dirasakan perasaan aneh itu perlahan-lahan berlalu. perasaan yang aku sendiri tak mampu nak gambarkan dengan kata-kata tapi hakikatnya sungguh sungguh dan sungguh menenangkan dan senang. demi Allah, aku mula merindui saat itu, detik itu ya Allah. saat Engkau menyapa dalam naluri hati, saat hanya Engkau yang memenuhi jiwa dan raga. sungguh detik itu yang pertama dalam sejarah diri dan demi Kebesaran-Mu aku mengharapkan itu juga bukanlah detik yang terakhir untukku rasai dan alami sepanjang hidup ini. demi-Mu ya Rabb, aku yang hina ini masih mengimpikan detik itu kembali, saat dimana subuh menyapa....... :'(

saat dan detik yang ifah kisarkan dalam entri kali ini ifah alami sendiri semasa di kolej matrikulasi pulau pinang. dan alhamdulillah, ifah kongsi dan cuba coretkan yang terbaik sebagai perkongsian buat antum semua. ingatlah sahabatku sayang, sememangnya kita hamba-Nya yang tak pernah lepas dari melakukan kesilapan tapi itu bukan bermaksud kita sudah tak layak untuk mempunyai impian menjadi dan berubah kearah yang lebih baik. tak salah punya impian asalkan ia seiring dengan usaha dan tawakal tualaAllah. akhir coretan tok kali ini, yang baik itu datang daripada Allah dan yang kurang itu datang dari-Nya jua tapi disandarkan pada diri ifah yang serba lemah ini. wassalam :')

i'm back with my own story ! :)



Subhanallah ! Alhamdulillah ! Allahuakhbar !
syukur kehadrat Ilahi setelah sekian lama tak ber-blogging, harini terdetik pulak nak online blog kita yang dah berhabuk kusam bagai nih. fuhh fuhh fuhh ! tiup habuk sikitttt ^_^ so, apa khabar antum semua? apa khabar pula iman antum? moga semua masih dalam keadaan molek-2 blako, in sha Allah ! 

okei la, kebetulan ifah tengah semangat nak ber-blogging ni kan, boleh pulak ni entri pertama tok 2014 nih, ifah nak share sedikit sebanyak pengalaman ifah sepanjang 1 sem pertama di Uitm Perlis. honestly, tak terasa pon 1 sem berlalu, huhsss ! sungguh masa itu berdetik dengan pantaskan dan ini jugak putunjuk dari Ilahi yang kita menghampiri ke penghujungnyakan :'(

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda :

"Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat. Maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api."
[Hadis Riwayat Tirmizi]

Konklusinya, hargai setiap detik yang kita alami supaya kita tak termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi, aamiin ! back to my story, sepanjang 1 sem ifah bergelar student degree di Uitm Perlis, seperti remaja lain jugak, alhamdulillah Allah beri peluang tok ifah alami banyak sangat kenangan manis mahupon pahit, tapi alhamdulillah ifah punya more tu yang manis-manis la kott, hihihiii.

so, pengalaman pertama yang ifah nak share dengan korang ialah pengalaman bersama teman sebilik yang kiut miut nih :) alhamdulillah ya Rabb, ifah dikurniakan teman sebilik yang sangat sporting, baik dan 'ngamm' dengan ifah. walau ada tikanya mengalami sedikit 'mood-mood dingin', tapi pape pon ifah tetap sayang roomate ifah nih lillahi taala. Nur Natasha Nabila nama diberi, ana uhibbuki fillah. moga Allah sentiasa merahmatimu dalam setiap langkah dan nafas, in sha Allah. walaupon sem depan kita dah tak bersama lagi, tasha tetap sahabat ifah selamanya okeiii ^_^




next ! ifah nak story mory pasal classmates ifah pulak. geng CSB1At a.k.a Networking diberi nama. macam yang lain jugak, bila melibatkan classmates nihh, memanglah banyak ragam dan kerenahnya yang tersendirikan. tapi alhamdulillah, walaupon kami berbeza karekter, tapi hubungan kami 1 class tetap mesra dan rapat. ana uhibbukum fillah sahabat semua ! moga Allah permudah dan rahmati perjalanan kita lagi 6 sem sebagai classmates, aamiin ! fighting CSB1At ! ^_^

 kenangan bersama Sir Jamo, our lecturer of Networking. we HEART you, sir :')


dinner Bits

lastly, ifah nak story mory tentang geng usrah IMAM yang ifah join. alhamdulillah sangatt, Allah berikan ifah peluang dan ruang tok join dan merasai nikmat dan indahnya bersama group usrah Imam, banyak sangat manfaat yang ifah dapat melalui group usrah ni. semestinya yang paling indah buat ifah ialah ifah ada famili usrah yang baru. MashaAllah, dengan dikurniakan akak naqibah yang sporting and the best serta adik beradik usrah yang semuanya baik-baik, mengeratkan lagi ukhwah kami 1 famili. in sha Allah, ifah harap moga hubungan kita ni bukan sekadar teman biasa, keluarga malah jugak teman sekapal menuju Jannah Ilahi, aamiin ! ana uhibbukum fillah ya ukhtii :')

lambang RABIA with group besar usrah Imam muslimat

sepetang bersama usrah Imam :)

in sha Allah, setakat ni dulu story atau pengalaman yang sempat ifah kongsi dengan antum semua. pape pon, thanks alot kepada antum yang sudi skodeng entri ifah tok kali nih. dont worry skodeng yang kali nih tak salah, malah diharuskan lagi, hohohoo. okei laa, jumpa lagi antum semua pada entri seterusnya yer. jaga hati, jaga iman, jaga ikhtilat, jaga kesihatan dan jaga aurat yerr. wassalam :)