take NOTE !! bantuan diperlukan~

bismillahirrohmanirrohim....
salam readers ! maaf curi masa korang kejap tok baca entri kali nih. in sha Allah, disini ifah nak mengajak korang beramal sempena musim raya korban ni menerusi program :
INTEGRASI KEMBARA TIMUR TENGAH KESATRIA
UITM PERLIS 2013 "1 RINGGIT 1 GAZA"
program ini merupakan satu misi  untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan dalam bentuk kewangan kepada mangsa-mangsa kekejaman Israel terhadap penduduk Gaza. kutipan derma yang dilaksanakan selama sebulan diharap dapat membantu meringankan sedikit beban mangsa yang terlibat.

seperti sebelum nih, kita hanya mampu melihat, mendengar segala rintihan, kesusahan dan penderitaan mereka, mangsa kekejaman Israel tanpa mampu memberi apa-apa bantuan kepada mereka. so, ni merupakan antara 1 platform untuk korang sama-sama beramal dan seterusnya membantu mereka yang berada dalam penderitaan. sungguh kalau kita ditempat mereka, sumbangan ini terlalu bermakna buat kita kan, begitu jugak dalam situasi mereka sekarang.
Daripada Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda, “Tidaklah (sempurna) iman seseorang di antara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”

untuk pengetahuan korang, hasil sumbangan mereka yang perihatin terhadap isu ini, pihak UITM dah berjaya membina 1 kilang roti di Gaza. dan in sha Allah duit hasil sumbangan kali ni pula akan digunakan dan dibawa ke Gaza untuk lawatan dalam masa terdekat ni. so, tak perlu rasa ragu dan was-was terhadap sumbangan ini. berilah sumbangan seikhlas hati korang semua. DEMI ALLAH, 100% duit sumbangan korang akan terus disalurkan kepada mangsa yang berkenaan tanpa 1 sen pon diambil oleh pihak lain.

justeru itu, jom sesama kita melakukan amal jariah sempena musim hari raya korban nih. berkorbanlah seikhlas hati kita untuk meraih MARDHOTILLAH dan juga sebagai bekalan untuk hari akhirat kelak. INGAT ! walaupon nilainya sedikit, tapi besar kedudukannya dimata Allah.
“Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu SEDEKAH JARIAH, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. (Hadith riwayat Imam Muslim)
kepada yang terdetik nak berikan sumbangan untuk program ini atau nak bertanyakan lanjut mengenai program ini, boleh PM ifah DI SINI. in sha Allah, ifah akan terangkan butiran selanjutnya nanti. segala sumbangan dan keperihatinan anda termasuk dengan membaca entri ini, ifah doakan semoga korang sentiasa dalam rahmat-NYA in sha Allah. akhir sekali, segala yang baik itu datang daripada Allah dan yang kurang itu pon datangnya daripada Allah Yang Maha Esa tapi disandarkan kepada diri ifah yang serba kekurangan ni. wassalam :)

Foto Perkahwinan Diana Amir dan Mohd Habib Bullah ❤

mabruk jiddan kepada artis muslimah kita, akak Diana Amir atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim yang baru sahaja selamat bergelar isteri kepada Muhammad Habib Bullah A Rahman, pensyarah UiTM Merbok, Kedah dengan sekali lafaz di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya sekitar jam 9.30 malam, 25 Oktober 2013.
Akad nikah telah disempurnakan oleh Hazaruddin Baharuddin, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan pengantin perempuan berwalikan oleh bapanya sendiri, iaitu Amir Hashim Mohd Kassim dengan mas kahwin RM 1,000 dan menerima hantaran berupa senaskah al-Quran, sebentuk cincin emas. alhamdulillah, dalam majlis tersebut, kak Diana dan zauj mengenakan busana indah hasil rekaan dan tajaan Ezuwan Ismail. 
so, tak nak ngomel banyak lagi, kat bawah ni ifah tinggalkan antum dengan beberapa gambar sekitar perkahwinan kak Diana Amir dan zauj-nya. pape pon, sebelum tuh yokk sesama kita doakan semoga masjid yang terbina ini berkekalan hingga ke jannah, in sha Allah. sungguh anggun kedua mempelai nih, jeles gituuu, hohoho. jemput skodeng foto yerr, wassalam~ :)














Golongan Wanita Yang Dinodai Jin Tanpa Disedari

salam sahabat readers semua. scary kan tengok gambar diatas tuh, boleh mimpi ngeri kita dibuatnya ==' tapi tahukah antunna semua apakah benda alah tuh? nampak scary tapi tanpa kita sedar, benda alah tuh jugak boleh menjadi 'teman' kita dalam seharian. Nauzubillahi min zalik ! :( 

in sha Allah, untuk entri kali nih ifah nak kongsikan dengan antunna satu informasi yang teramat penting bagi wanita terutamanya, yang ifah agak masih ramai wanita diluar sana tak tahu mengenai hal ini. untuk pengetahuan antunna, tanpa kita sedari kita mungkin tergolong daripada wanita yang dirogol jin saban hari. terkejutkan bila baca statement tuh? kat bawah ni ifah kongsikan detail artikel tentang golongan yang ifah sebutkan tadi.

Ciri-Ciri Wanita Yang Dinodai Jin :
- MANDI TELANJANG.
- SUKA MANDI LEWAT PETANG.
- TIDUR SELEPAS ASAR.
- TIDUR DENGAN KAIN YANG TERDEDAH.

Subhanallah ! Allahuakhbar ! re-check balik segala aktiviti kita seharian, apakah kita tergolong dari ciri-ciri yang dinyatakan diatas tuh? jika ada, cepat-cepatlah muhasabah balik. 
SEKALI JIN SUDAH JATUH CINTA PADA WANITA,ADALAH LAGI BAHAYA DARIPADA 'SIHIR'. 
Andai cukup dalam masa 40 hari ' PERIKSA PADA BAHAGIAN CELAH/KELILING PEHA,LIHAT JIKA ADA KESAN LEBAM-LEBAM dan jika kurang pasti lagi periksa secara terperinci kesan lebam itu ada 5 lubang halus '. Itu menandakan JIN sudah 'menodai' anda wahai wanita.

" Andai kata jika wanita itu sudah berkahwin, maka JIN yang 'jatuh cinta' pada anda itu akan 'menceraikan' anda & suami, tanpa sedar. Dan jika anda belum berkahwin, jika sampai masanya anda & bakal suami anda mahu berkahwin, JIN yang sama akan cuba 'pisahkan' mereka dari berlangsungnya majlis kahwin itu "
- Ustaz Mohd Kazim Elias - 

Penerbit Filem Hina Nabi SAW Peluk Islam dan Menunaikan Haji



RIYADH - Seorang penerbit filem Belanda yang memeluk Islam setelah mencetuskan kontroversi apabila menerbitkan filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. berasa tenang dapat mengerjakan ibadat haji ketika ini. 
Arnold Fandor dalam wawancara dengan akhbar Okaz Arab Saudi menceritakan bagaimana beliau mendapat ketenangan jiwa setelah memeluk Islam kira-kirasetahun lalu, menyebabkan beliau bertaubat di atas segala dosanya. 
Fandor yang bersedia untuk melontar di Jamrah bagi melengkapkan rukun hajinya, semasa diwawancara berkata beliau merasakan hatinya menjerit kegembiraan ketika menunaikan haji. 
”Di dalam hati saya kini merasai ketenangan. Setiap kali saya berdoa saya akan mengelap air mata apabila mengenangkan dosa-dosa saya yang lalu dan bertaubat.
"Kini saya akan berkhidmat dan berusaha di dalam menghasilkan filem dan produk yang dapat menaikkan Islam serta yang mencerminkan kehebatan pencipta dan keperibadian akhlak mulia Rasulullah S.A.W. selepas pulang daripada haji,” beliau dipetik sebagai berkata dalam akhbar itu semalam. 
Sambil tersenyum, Fandor menyatakan beliau merasakan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan ketika menjejakkan kaki ke Tanah Suci. 
Air matanya tidak henti-henti mengalir, menurut akhbar itu. 
"Pada mulanya, terdapat kesulitan yang dihadapi oleh saya pada peringkat awal saya memeluk Islam kerana saya bukan datang daripada keluarga Islam dan membesar di persekitaran Islam. 
"Walau bagaimanapun, ini tidak mematahkan semangat saya untuk belajar dengan lebih mendalam berkenaan agama yang agung ini. 
“Saya berasa teruja untuk mendalami dan mengetahui tentang Islam. Lalu saya membaca banyak tentang Islam sehinggalah ia meresap ke dalam hati saya dan fikiran saya mengatakan bahawa agama Islam membawa satu mesej yang besar dan mulia. 
"Kemudian perasaan tersebut semakin kuat sehingga hati saya terbuka lalu saya membuat keputusan untuk memeluk Islam. Sekarang saya bersyukur dan merasa amat bahagia serta memiliki ketenangan jiwa. 
"Sebelum memeluk Islam, saya hanya membayangkan bahawa hidup ini hanya untuk menyedut udara sahaja. 
"Saya dapati tidak ada ketenangan yang sempurna sehinggalah saya menziarahi makam Rasulullah SAW dan ketika itulah saya berhasrat untuk menerbitkan filem berkenaan keperibadian baginda yang mulia,” katanya. 
Fandor berkata ini kali pertama beliau mengerjakan haji dan kali kedua menjejakkan kaki ke Tanah Suci selepas melakukan umrah pada Februari lepas. 
Katanya selepas selesai menyempurnakan urusan haji, beliau bercadang meluangkan masa beberapa hari di Madinah al-Munawwarah kerana beliau berasa amat selesa dan aman untuk membaca al-Quran dan kitab-kitab agama di Masjid Nabawi. - Bernama

Allahuakhbar ! Allahuakhbar ! Allahuakhbar ! Sungguh Allah tu Maha Besar dalam memberi hidayah kepada hamba-NYA kan, bukan setakat memberi hidayah ke jalan yang benar, malah penerbit itu sekaligus dijemput menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan ibadah haji. alhamdulillah, alangkah beruntungnya dia kan dan alhamdulillah jugak, tertambah seorang lagi saudara seislam kita. Sebelum ifah akhiri entri nih, yok sesama kita doakan semoga saudara baru kita nih mampu istiqomah untuk menjadi muslim yang sebenar, in sha Allah :)

Syurga Untukmu Adikku :'(

Subhanallah ! Alhamdulillah ! Allahuakhbar ! salam jumaat buat semua :) alhamdulillah terdetiknya inspirasi tok menulis entri kali ni selepas terbaca, terlihat 1 entri yang pernah ifah share buat tatapan korang dulu. masih ingatkan sahabat semua tentang kisah Adikku Bakal Bergelar Bapa Pada Usia 14 TahunKLIK SINI tok review.

Untuk pengetahuan sahabat semua, tanggal 30 Ogos 2013 yang lalu bersamaan hari Jumaat, insan yang ifah coretkan dalam kisah tersebut telah pon kembali menemui Yang Esa sebaik sahaja selesai mengerjakan solat subuh. Allahh, menitis air mata saat mendapat berita tersebut, bagaikan mimpi dia yang masih begitu muda telah pon dijemput ILAHI. tapi alhamdulillah, senyum terukir pabila diberitahu arwah meninggal dengan penuh Husnul Khatimah. Here, ifah kongsikan serba sedikit petikan mesej yang ifah terima mengenai detik-detik terakhir arwah dengan korang yang ifah terima dari sepupunya.
' Nurse cakap dia (arwah) dah cukup puasa 6 hari rabu, dan puasa sunat hari khamis semalam. raya puasa 6 dia adalah hari rehat dia buat selamanya. Dia tak putus-putus berzikir setiap malam, solat tengah malam. adakalanya dengar dia menangis.'

' Dia (arwah) meninggal dalam keadaan baik. kesan penyakit kat muka dia, badan dia hilang serta merta. kata nurse kebiasaan pesakit makin kuat kesan, tapi dia makin tak ada. sungguh Allah dah terima taubat dia. Keinsafan dia'
Subhanallah ! Allahuakhbar ! sungguh Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Menerima Taubat. begitu Dia menyayangi hambanya tulus bertaubat. Alhamdulillah ya Rabb, Engkau menjemputnya dalam keadaan yang penuh ketenangan, penuh rahmat dari-MU. tapi satu penyesalan yang amat-amat menghantui ifah sampai detik ini, ifah tak sempat balas mesej terakhir arwah kepada ifah sebelum arwah berangkat balik ke rumahnya di singapura. mesej terakhir arwah masih ifah simpan sampai sekarang. 
' Akak. terasa sangat nak mesej dengan akak. Akak bagi mesej sepatah pun jadilah. tapi A*** cuba bersangka baik, akak demam dan tak larat. Akak, a*** nak sampaikan berita..tapi takpela. Abg bat(kenalan arwah) akan bagitahu nanti. Akak demam kan. Akak makan ubat ya. A*** pun demam jugak. Akak, time akak baca mesej ni, a*** dah terbang ke singapore dengan qila (isteri arwah) dan makcik a***. Akak, sampaikan salam kemaafan zahir batin kat abg boy (sepupu arwah). Akak jangan nangis-nangis lagi. Terima kasih sebab sudi jadi penasihat a***. Terima kasih sudi menyayangi a***. Selamanya a*** dalam hati akak. A*** pergi dulu. Assalamualaikum kak. '
Allahuakhabar ! DEMI ALLAH, ini mesej yang benar arwah hantar kepada ifah, bukan rekaan ifah sendiri. ana uhibbuka fillah sayang. menitis airmata setiap kali baca mesej ni, memory between us never fade away sayang. begitu terkilan diri ini tak sempat balas mesej arwah. memang benar, hari tersebut ifah demam panas sampai terpaksa dikejarkan ke hospital. mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku, yakinkan lah hati ini ya Rabb :'(

Untuk pengetahuan sahabat pembaca juga, arwah juga ibarat dapat menghidu dari awal ajal bakal menjemputnya. beberapa minggu sebelum arwah meninggal, iaitu dalam bulan ramadhan, arwah sempat beritahu ifah dia memilih warna putih sebagai tema baju hari rayanya tok kali ni. rupa-rupanya benar, kain putih menjadi pakaianmu sayang. Allahh ! rindunya ifah kat arwah hanya DIA yang tahu :'( niat hati nak berjumpa dengannya tak kesampaian, in sha Allah doaku moga kita akan berjumpa disana nanti sayang. sempena hari yang penuh barakah ini, ifah minta jasa baik sahabat pembaca semua, sedekahkan al-fatihah buat adik kesayangan ifah ini disana. moga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman, aamiin ! in sha Allah, syurga untukmu adikku sayang :'(

C.I.N.T.A

bismillahirrohmanirrohim....

Wujudnya insani dengan terlahirnya rasa CINTA,
Cinta yang berasal tulus dari ILAHI kepada Adam dan Hawa,
Mula berputik, tersemai di Syurga,
Angkara iblis yang penuh sengketa,
Terpisahnya Adam dan Hawa buat seketika,
Dicampak akhirnya kedalam dunia yang fana,
Disitu bermula kisahnya kita,
Diutus akhirnya sebagai khalifah dari Allah Azza Wajalla,
Itulah yang menjadi amanah, tanggungjawab bersama,
Yang akhirnya nanti akan dipersoal disana.

Disebut kalimah Cinta, ramai yang bakal terpana,
Kerana Cinta dibayangi dengan bahagia,
Namun insani seringkali terlupa,
Cinta juga mampu membuat kita buta,
tapi buta apa?
bukan buta mata yang ingin dinyata,
tapi butanya hati kepada Sang Pencipta.

Insani yang dhaif tanpa ilmu pengetahuan agama didada,
Dikhuatiri akan terus tenggelam dalam fantasinya Cinta,
Namun,
Pabila adanya cahaya ILAHI tentang kebenarannya CINTA,
Allahurabbi ! sememangnya itu yang menjadi nikmat sebagai hamba,
Cinta yang berlandaskan syariat Islam, itu yang dicari sebenarnya.
Berpegang terus dengan janji Allah yang pasti dan nyata,
Sungguh andai Cinta Lillahitaala yang menjadi sumber utama di dunia,
In sha Allah syurga indah dan bahagia menanti kita disana,
Semestinya DEMI ALLAH, itulah impian setiap manusia,
Akhir kalam berbicara,
Semoga kita semua tergolong antara insan yang mendapat rahmat-NYA,
Yang akhirnya nanti, akan mendapat naungan dari-NYA disana,
aamiin ya rabbal alamiin ! :)

terima kasih Dunia Misteri :)

Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad, 
Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad, 
Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.

bismillahirrahmanirrahim.....

Dunia, kau sungguh misteri,
Hadirmu hanya separa hakiki atau mungkin sepenuhnya misteri,
Hadirmu jua saat ku dhaif tentang hidup bersiramkan pelangi,
Dhaifku jua penyebab kau ku miliki.

Mulanya dirimu seperti yang ku impi,
Penuh keindahan, kesengsaraan diketepi,
Namun hari berganti hari,
Sifat azalimu mula ku amati.

Cabaran dan dugaan semakin banyakku hadapi,
Terkadang diri rasa seperti mimpi ngeri,
Cuba bangkit tapi layu dibuai ilusi,
Ilusi yang akhirnya merosakkan diri.

Hari makin selih berganti,
Tanpaku sedar ahh aku dah berbudi,
Berbudi yang ada kala ku sendiri tak pasti,
Mencari solusi akhirnya memakan diri.

Demi Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani,
Aku mula bangkit berteraskan muslimah sejati,
Meski diri nyata masih diperangkap misteri duniawi,
Namun ku bangkit menggagahkan diri, 
Demi yang 1, mencari yang hakiki.

Alhamdulillah, doaku didengari Allah Rabbul Izzati,
Dikurnia kekuatan, kesabaran yang tinggi,
Hati mula mengadapi dengan keikhlasan tak berperi,
Lalu ku cuba cungkil mimpi yang dulunya hanya fantasi,
Menjadi sebuah hakiki yang nyatanya dialami.

Alhamdulillah ya Rabbul Izzati,
Meskipon belum semua nyata sepenuhnya hati, 
Namun akhirnya aku akur dengan rancangan ILAHI,
Dunia ini dikurniakan untuk menguji,
Pasrah dan tawakal menjadi kunci,
Harapan agar yang nyata kan kembali,
Dan pelangi kekal bakal ku miliki,
Seiring dengan MARDHOTILLAH ILAHI,
terima kasih dunia misteri :)
## 17/10/2013 (2.03pagi) - khamis ##

Cinta dan Rindu Dalam Islam #Part 1


salam readers ! apa khabar? diharapkan semuanya sihat walafiat hendaknya. almaklum la, kita sekarang masih dalam musim hari raya qurban kan. so, mesti korang banyak makan daging dan sumber-sumber lain dari lembu, iyer dok? just same like me dear ! **sipp ! sipp ! kita geng ^_^ pape pon makan, makan jugak tapi kesihatan kena jaga jugak yer. okei la, back to my entry. in sha Allah untuk entri kali nih ifah nak kongsikan sedikit ilmu atau lebih tepat lagi pandangan dan ikhtibar dari ifah sendiri mengenai C.I.N.T.A

bismillahirrohmanirrohim....
bercakap mengenai cinta, ifah yakin korang semua dah jemu dengar perkataan ni tapiiii... haa, apa pulak la tapinya cik ifah nih yerr? sabar ! sabar ! nak explain la nih :) tapi jangan sangka semua orang suka, minat berhubung dengan perkataan tersebut. meskipon korang rasa agak mustahil, tapi tetap ada. bagi mereka, CINTA mungkin hanya mengganggu hidupan mereka seharian, CINTA mampu mendekatkan diri mereka dengan sesuatu yang mungkar dan lain-lain lagi. tapi 1 perkara yang mungkin mereka tak sedar, tanpa CINTA mereka tak akan hadir didunia ini iaitu CINTA dari IBU BAPA mereka. setuju? :) atau mungkin jugak, ada suatu peristiwa yang membuat mereka anti dengan perkataan tersebut? yang tu wallahu a'alam :)
 
in sha Allah, disini jugak ifah nak terangkan serba sedikit lagi tentang CINTA menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah dalam bukunya yang bertajuk ‘Cinta dan Rindu Menurut Al-Quran dan As-Sunnah’, beliau menyatakan bahawa pengertian cinta amatlah luas dan mendalam kerana ia berkait rapat dengan hati manusia. Di dalam Islam, cinta terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama, cinta kepada Allah dan Rasul, kedua cinta kepada sesama manusia dan makhluk lain dan ketiga, cinta kepada diri sendiri.


Cinta Kepada Allah dan Rasul

sebagai hamba Allah Azza Wajalla dan umatnya Nabi Muhammad, rasanya mengenai sedikit sebanyak tentang cinta terhadap Sang Pencipta dan Rasul junjungan patut ada dan terpahat dalam diri kita. dan seyakinnya ifah nyatakan, kalau tanya antum semua mengenai cintakah kita kepada Allah dan Rasul, tak sampai sesaat mesti korang akan jawab, "YE ! Saya cinta dan kasih kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW" tapi yang menjadi persoalan, macam mana kita membuktikan, mempamerkan rasa cinta kita kepada Allah dan Rasul? here ifah kongsikan sedikit ciri-ciri dan bukti cinta dan kasih yang boleh kita buktikan sebagai mukmin, Khalifah dimukabumi nih :

1. Meletakkan kepentingan Allah dan Rasul-Nya lebih daripada kepentingan lain walaupun terhadap diri sendiri dan ahli keluarganya. sebagai contoh terdekat yang ifah mampu highlightkan, SOLAT ! yup, SOLAT yang merupakan tiang agama. jagalah SOLAT kita, itu jua yang menbezakan antara orang Muslim dan orang kafir.
Sesiapa sahaja yang mencintai kerana Allah, maka sesungguhnya telah sempurna imannya.” [HR Abu Dawud dan Tirmizi]
Dalam sebuah hadis riwayat Imam at-Tirmizi, daripada Abdullah bin Buraidah, daripada ayahnya dia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Perjanjian antara kami dan mereka ialah solat. Sesiapa yang meninggalkannya (tidak mengerjakannya), maka sesungguhnya ia telah kafir.”
2. Tunduk, patuh dan menyerahkan dirinya sepenuhnya tanpa syarat kepada semua suruhan Allah SWT dan meninggalkan semua larangan-Nya. jangan sesekali mensyirikkan dan menyekutukan Allah dengan apa jua bentuk kebendaan atau kepercayaan. diingatkan disini jua sahabat, ELAKKAN diri dari terlalu obses dengan sesuatu yang mempa membuat diri kita alpha dengan Yang Maha Esa, sebagai contoh K-Pop dan sebagainya.
“Dan serulah kepada Tuhanmu dan janganlah engkau termasuk orang-orang yang musyrik (mempersekutukan Allah).” (Al-Qasas 28: 87)
3. Bekerja untuk mendaulatkan sistem hidup Islam (melaksanakan syariat Allah SWT) samaada dalam keluarga, organisasi/ pertubuhan atau parti politik, bukannya untuk mengejar pangkat, kuasa dan wang ringgit semata-mata. Niat yang ikhlas perlu disertai dengan matlamat yang bersih dan betul.

4. Cinta kepada Rasulullah bukan sahaja kita berdemontrasi marah kepada orang kafir yang mempersendakan Islam dan baginda SAW, tetapi kita perlu mengikuti ajaran dan sunnah yang dibawa oleh baginda SAW dalam kehidupan kita sehari-hari. Nabi SAW memiliki akhlak yang mulia bersifat berlemah lembut, pemaaf, pengasih, penyayang, pemurah, tidak ada perasaan dendan dan hasad dengki. Jika seseorang mempertikaikan hukum hudud yang dibawa dan dilaksanakan oleh Nabi SAW itu bermakna dia juga sedang menghina baginda SAW tanpa disedari.

5. Memberi sedekah dan infak hartanya dijalan Allah SWT. Bukan setakat harta malahan masa, tenaga, buah fikirannya di perah sepenuhnya untuk mendaulatkan Islam, berdakwah, mentarbiah dan kerja-kerja amar makruf nahi munkar. ifah nak tekankan disini, kita bila bergelar umat Muhammad, orang muslim, WAJIB keatas kita untuk berdakwah. so, JANGAN dan JANGAN tunggu pakar motivasi, ustaz dan ustazah tok berikan dakwah. kita sendiri kena berdakwah, dan dakwah yang paling dekat ialah, berdakwah dengan diri sendiri iaitu menjauhi diri dari melakukan larangan Allah SWT.
Dari Abu Sa’id Al Khudri radiallahuanhu berkata : Saya mendengar Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam  bersabda: “Siapa yang melihat kemungkaran maka rubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka rubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.” (Riwayat Muslim)


Cinta Kepada Sesama Manusia
Daripada Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda, “Tidaklah (sempurna) iman seseorang di antara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”
sungguh melalui hadis diatas dah nyata bahawa Rasulullah menjelaskan kepada kita antara ciri kesempurnaan iman seseorang itu adalah dia mencintai saudaranya melebihi cintanya pada diri sendiri.  bak kata setengah orang, cinta itu tak perlu dicari sebab ianya akan datang sendiri. ye ! memang benar cinta itu sebenarnya tak perlu dicari sebab ianya sejak azali lagi dah Allah SWT sematkan dalam diri setiap daripada kita, justeru itu bergantung kepada kita bagaimana cara untuk kita perkukuhkan dan melaraskan perasaan tersebut kearah yang diredhai oleh-NYA. here, ifah kongsikan pulak antara cara untuk mengukuhkan kecintaan kita kepada sesama insani di jalan Allah SWT :

1. Memaklumkan kepada orang yang kita cintai bahawa kita mencintainya kerana Allah. Diriwayatkan daripada Abu Dzar RA bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila ada seorang daripada kalian mencintai sahabatnya, hendaklah dia datang ke rumahnya dan memberitahu kepadanya bahawa dia mencintai sahabatnya kerana Allah SWT” [HR Ibnu Mubarak dalam kitab Az-Zuhd]
2. Saling memberi hadiah. Rasulullah SAW bersabda daripada Abu Hurairah RA:
“Berilah hadiah antara satu sama lain, nescaya kalian akan saling mencintai” [HR Bukhari dan Baihaqi]

3. Saling mengunjungi. Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW pernah bersabda: 
“Wahai Abu Hurairah! berkunjunglah engkau dengan baik, tidak terlalu kerap dan terlalu jarang, nescaya akan bertambah sayang.” [HR Thabrani dan Baihaqi].
4. Saling mengucapkan salam. Rasulullah SAW bersabda:
“Tidaklah kalian masuk syurga sehingga kalian beriman. Tidaklah kalian beriman sehingga kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku tunjukkan tentang sesuatu yang apabila kalian lakukan, kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian.” [HR Muslim]

5. Jangan berprasangka buruk dan melakukan ghibah. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka. Sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di kalangan kamu yang mengumpat (ghibah) sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Tentu kalian merasa jijik...[TMQ Al-Hujurat (49): 12]

6. Memiliki sikap kebersamaan. Rasulullah SAW bersabda: 
“Orang-orang Mukmin itu ibarat satu tubuh. Apabila satu anggota badan sakit, maka seluruh tubuh turut merasa sakit dengan demam dan tidak dapat tidur.” [HR Muslim]


Cinta Kepada Diri Sendiri

in sha Allah, jika diri kita dah mantap dengan kedua-dua cinta yang ifah huraikan serba sedikit diatas, part cinta kepada diri sendiri menjadi lebih mudah tok kita hayati dan terapkan dalam diri. dibawah ni ifah kongsikan sedikit lagi cara untuk terapkan rasa cinta pada diri sendiri :

1.  Jadikan ISLAM sebagai PAKAIAN! Imerupakan tunggak dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang muslim sebagai menjaga imej ISLAM. jangan hanya beridentiti seorang muslim tapi seringkali terikut dengan budaya Kristian. Sedarlah ! setiap yang ISLAM tetapkan dalam kehidupan kita seharian, penuh dengan kebaikan. sebagai contoh yang kita boleh ambil, MENUTUP AURAT. dengan menutup aurat sahaja kita mampu peroleh banyak manfaat sebagai contoh, tudung mampu melindungi rambut kita dari rosak oleh pancaran matahari, kekotoran dan sebagainya. dari aspek ISLAM itu sendiri, rambut merupakan mahkota seorang muslimah yang harus kita jaga sepenuhnya dan hanya layak dilihat oleh muhrim kita.
2.   Memberi Keadilan Kepada Diri Sendiri. seperti yang kita tahu, manusia yang paling baik adalah manusia yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain. Ye, kebenaran itu diakui. tapi, tidaklah sempurna sekiranya kita manusia banyak memberi manfaat kepada orang lain tetapi mengabaikan diri sendiri yang memerlukan perhatian daripada empunya badan. Tubuh kita ini, adalah pinjaman dari ALLAH. Dihadapan-Nya nanti, kita akan dipersoalkan mengenai setiap apa yang telah kita buat semasa di dunia bersama diri in, tubuh ini.
3.   Sentiasa bermuhasabah diri atau dengan erti kata lain cermin diri sendiri. dalam waktu 24jam yang Allah kurniakan kepada kita, carilah dan kalau perlu curilah masa untuk bermuhasabah diri kita balik sebagai insan yang dicipta oleh Allah SWT sebagai khalifah dimukabumi ini. harus diingatkan, sebaik kita dihadapan-NYA nanti, kita akan akan dipersoal balik mengenai tanggungjawab kita sewaktu didunia.
4    Kritik dan galakan dari segi positif. Apabila kita cuba mengkritik diri sendiri, perubahan yang kita cuba lakukan bersifat positif. Kritikan kearah positif mampu memantapkan lagi kekuatan rohani. Galakan pula bersifat memantapkan lagi perubahan positif yang kita cuba terapkan. Galakan dalam diri sendiri itu perlu lebih-lebih lagi apabila kita dalam situasi keseorangan dan ini merupakan satu inisiatif untuk mengelakkan diri daripada terpengaruh dari hasutan hawa nafsu yang mampu membuat diri kita alpha.
last but not least, ifah harap dengan segala info dan perkongsian diatas mampu memberi sedikit sebanyak perubahan positif dalam diri korang. insan yang menaip ni pon tak sebaik yang korang fikirkan. so, sesama kita cari masa dan peluang untuk melakukan perubahan dalam diri kita disamping mencari MARDHOTILLAH dari-NYA, in sha Allah. oh yee ! sebelum terlupa, in sha Allah entri ni akan ada sambungannya, so tungguuu !! okei la, segala yang baik itu datang daripada Allah dan yang kurang itu pon datangnya daripada Allah Yang Maha Esa tapi disandarkan kepada diri ifah yang serba kekurangan ni. segala salah silap sepanjang entri ni, ifah mohon maaf dan teguran dari semua yerr. wassalam :)

Salam Hari Arafah :')

subhanallah ! alhamdulillah ! Allahuakhbar ! segala puji bagi-NYA, Tuhan Pencipta seluruh alam. alhamdulillah, hari ni 9 Zulhijjah bersamaan hari Arafah merupakan antara hari yang terpenting dalam kalender Islam dimana hari ini seluruh umat Islam yang terpilih mengerjakan ibadah haji akan Wukuf di Arafah. dan dari apa yang ifah tahu, tanpa melakukan perkara tersebut, tak sah ibadah haji yang dikerjakan.
 
sinonimnya juga, bila tibanya hari 'Arafah iaitu 9 Zulhijjah, kita akan diwar-warkan mengenai Puasa Sunat 'Arafah kan, betul tak? haa, Puasa Sunat 'Arafah merupakan ibadah sunat yang dijanjikan ganjaran yang amat besar dari Allah SWT kepada hamba-NYA. sungguh DIA Maha Pemurah kan, setiap amal kebajikan yang dikerjakan oleh hamba-NYA pasti akan disediakan ganjaran pahala yang tak terhitung banyaknya. seperti sabda Rasulullah SAW : “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.” so, apa korang rasa? tersangat rugikan bagi kita umat islam yang belum berpeluang tok mengerjakan ibadah haji sekiranya melepaskan peluang ni. here, ifah kongsikan dengan korang lafaz niat Puasa Sunat Hari 'Arafah. jomm ! sesama kita berpuasa sunat hari 'Arafah :)
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ 

Daku berniat puasa hari Arafah, sunat  kerana Allah Ta’ala.

in sha Allah, dikesempatan ini juga ifah nak share sedikit info dengan korang semua tentang Kelebihan Hari Arafah. jemput baca dan topup ilmu dalam dada. segala salah silap sepanjang artikel atau entri ni, ifah mohon maaf okeii ! wassalam :)


1.  Hari Kemuliaan


Di antara kemuliaan hari ini ialah Allah SWT telah bersumpah dengan hari Arafah.

Firman Allah SWT:
وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الْبُرُ‌وجِ ﴿١﴾ وَالْيَوْمِ الْمَوْعُودِ ﴿٢﴾ وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ ﴿٣ 
“Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang; Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan; Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan.”  
Rasulullah SAW bersabda: “Makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu ialah hari Jumaat, dan segala keadaan yang disaksikan ialah hari Arafah, Jumaat adalah yang terbaik daripada Allah kepada kita.” (Ad-Dur al-Mantsur: 8/463 dan At-Tabary).
Begitu juga Allah SWT telah bersumpah dengan kebesaran hari mulia ini. FirmanNya:  
وَالْفَجْرِ‌ ﴿١﴾ وَلَيَالٍ عَشْرٍ‌ ﴿٢

“Demi waktu Fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).”  
Menurut Abdullah bin Zubair: “Dari 1 Zulhijjah hingga Hari Korban adalah termasuk hari Arafah.” (At-Tabary).


2.  Hari Disempurnakan Agama-Nya


Hari Arafah adalah hari yang agung kerana hari ini Allah telah menyempurnakan agama-Nya, dan melengkapkan nikmat-Nya:


الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَ‌ضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ


“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agamamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” 

3.  Hari Bulan Suci


Hari Arafah adalah termasuk satu hari dalam bulan-bulan suci di mana Allah SWT berfirman:
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ‌ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ‌ شَهْرً‌ا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْ‌ضَ مِنْهَا أَرْ‌بَعَةٌ حُرُ‌مٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ


“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya).” 

(Surah At-Taubah: 36).


4.  Hari Beramal Soleh


Hari Arafah adalah salah satu hari dari hari-hari sepuluh yang dilebihkan untuk melakukan amal soleh seperti yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya:
“Tiadalah hari untuk beramal soleh yang paling disukai Allah dari hari-hari ini, iaitu hari-hari sepuluh (10 hari pertama Zulhijjah). Para sahabat bertanya; Wahai Rasulullah..Bukan jihad fi sabillah? Jawab nabi; Ya, Jihad fi sabillah tidak dapat mengatasinya, kecuali seseorang yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak pulang membawa sedikitpun daripada jiwa dan hartanya itu (menemui syahid).”  (Ahmad, al-Bukhari, Abu Daud dan Ibn Majah) “.

5.  Hari Pembebasan


Hari Arafah adalah hari pembebasan. Rasulullah SAW telah bersabda:
“Tidak ada satu hari pun yang di hari itu Allah lebih banyak membebaskan hamba-Nya dari api neraka daripada hari ‘Arafah, sebab pada hari itu Dia turun kemudian membangga-banggakan mereka di depan para malaikat seraya berfirman“Apa yang mereka inginkan?” (Sahih Muslim 3275).
Hari Arafah adalah hari yang utama di mana Allah Ta’ala membebaskan hamba-hambaNya dari api neraka dan Allah membangga-banggakan orang-orang di Arafah di depan para malaikat.


6.  Hari Permohonan Doa


Hari Arafah adalah hari doa dan hari perjumpaan antara hamba yang merdeka dan Tuhannya yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani. Pada hari pengampunan yang agung ini betapa banyak kebimbangan telah dilepaskan, dan berapa kesedihan telah diredakan dan berapa banyak keperluan telah ditunaikan. Oleh sebab itu Rasulullah SAW menggesa supaya membanyakkan berdoa pada hari yang agung ini. Baginda SAW bersabda:
“Sebaik-baik doa ialah doa pada hari 'Arafah. Sebaik-baik ucapan yang pernah aku dan Rasul sebelumku ungkapkan ialah tiada Tuhan melainkan Allah...”(Riwayat at-Timizi).